Apa yang aku belajar tentang komputer melalui filem

Masa kecik-kecik dulu, bapak aku suka sangat menonton filem-filem aksi cap Amerika ni. Tengok sambil buat gaya pukul-pukul macam tengok wrestling. Filem-filem propaganda Amerika ni kebanyakannya tak boleh pakai. Asyik menipu orang ramai je kerjanya. Tambah-tambah dalam filem aksi diorang. Hero semua tak nak kalah.Cekap serba serbi. Bagi je semua benda, semua dia tau. Takat komputer ni takda hal punya lah. Penghulu juruteknik pun tak boleh nak fight dengan ilmu komputer diorang ni. Nak kasi jahanam satu negara pun steady je. Dari pemerhatian aku, komputer-komputer dalam filem-filem aksi Hollywood ni sangat la canggih dan sofisikated. Ini yang aku dapat belajar tentang komputer lepas tonton filem-filem propaganda ni semua.
  1. Perisian pemproses kata (macam Word tapi bukan) takda cursor.
  2. Menaip perkataan panjang-panjang tak tekan spacebar. Tak da jarak antara perkataan ke hapa?
  3. Diorang tak pernah salah taip bila guna komputer.
  4. Monitor paparkan huruf-huruf besar setebal 2 inci.
  5. Jahanamkan komputer dengan menggunakan virus, taip je 'Upload Virus'. Tak lama kemudian, komputer akan berasap dan meletup, pelepow!
  6. Semua komputer seluruh dunia bersambung dan boleh diakses walaupun ia dah off.
  7. Komputer-komputer yang power akan keluar bunyi, 'teet-teet' masa taip-taip atau semasa skrin dia menukar paparan. Untuk komputer yang lebih canggih, masa teks dia keluar, ada keluar bunyi macam printer lama jenis dot-matrix. 'Skreeet treeet teet teek'.
  8. Semua panel komputer, kat belakang dia tu ada lampu-lampu amaran yang besar-besar. Bila ada kerosakan pada komputer tu, lampu-lampu tu menyala macam siren polis. Silap haribulan boleh rosak sampai terkeluar asap, keluar karan-karan segala dan boleh meletup hinggakan siapa-siapa yang lepak dekat-dekat situ boleh tercampak ke belakang.
  9. Lepas guna komputer, boleh terus shutdown tanpa perlu nak save ke, save target as ke hapa ke. Rename file pun tak pernah.
  10. Seorang hackers boleh mendapatkan akses ke sebuah komputer yang amat penting dengan main 2-3 kali try je teka password.
  11. Nak on komputer macam on tv je. Tak sampai 2 saat, komputer diorang dah boleh guna.
  12. Semua pemindahan data-data yang besar-besar mengambil masa lebih kurang 3 saat pakai internet. Aku syak, modem yang diorang pakai dalam movie ni boleh transfer data 2Gb per saat. Laju beb.
  13. Apabila komputer utama di loji janakuasa nuklear atau tapak pelancaran misil overheating. Tak lama lepas tu, mesti dia punya control panel dia terbakar sebelum akhirnya seluruh bangunan meletup. Tebabo!
  14. Lagi canggih komputer tu, lagi banyak button dia taruk.
  15. Orang yang handle pasal komputer canggih-canggih ni mesti pandai gila babi hal komputer sebab komputer hi-tech diorang tak da label. Yang ada label satu je, 'Self-Destruct'.
  16. Search segala benda kat internet, semuanya boleh dapat walaupun benda tu mengarut gila.
  17. Semua imej boleh kasi perjelaskan dan perbesarkan lagi tanpa mengira jenis imej dan resolusi dia.
'What that fuzzy thing in the corner? Enhance it'
'Look! It's the murder weapon.'
 

tq Muhammad Nazmi

 

Comments

Popular Posts