Susu Termahal Di Dunia 1 Liter 23 Ribu EURO



Korang tahu susu apa termahal didunia,jawapannya adalah Susu tikus.Kenapa ia boleh jadi semahal itu?Kerana susu ini tidak mudah diperolehi.Proses selama 30 minit hanya menghasilkan 1/1000 liter.



Diperlukan 4 ribu ekor tikus untuk mendapat 1 liter susun.Nilai liter susu tikus ini sama dengan 23 ribu EURO.Susu tikus dipakai sebagai kemudahan kajian.Genetik tikus diubah sedemikian rupa sehingga di dalam susunya terbentuk zat yang dapat membasmi bakteria malaria. sini



Mengapa para ilmuwan menggunakan susu tikus dan bukannya susu lembu,yang jauh lebih murah?Tikus adalah haiwan kesukaan para pengkaji genetik,kerana DNA tikus sudah begitu banyak diketahui,jauh melebihi DNA haiwan lain..



Ribuan haiwan diperlukan untuk sekali percubaan.Sebab itu jauh lebih praktik memelihara ribuan tikus berbanding ribuan lembu.Jadi,tentang harga,susu tikus yang termahal.



Kalau dari segi volume susu yang dihasilkan?Haiwan apa yang menghasilkan susu terbanyak?.Seekor lembu mampu menghasilkan sekitar 10 ribu liter susu dalam tempoh setahun.Ini setara dengan 7 kali berat badannya. sini



Kambing boleh menghasilkan susu 12 kali berat badannya per tahun.Rekod terbanyak dipegang oleh ikan paus biru.Dalam sehari dia mampu menghasilkan 600 liter susu sehingga anak ikan paus mampu menambah berat badan sampai 100 kg sehari!. sini




Comments

Popular Posts