Aduh.. kesiannya bila tengok budak perempuan mabuk sampai pengsan

Satu perkara yang Khalis pelik mengenai mabuk ni ialah babak lawan minum. Korang biasa tengok tak? tak kiralah filem Korea ke, Jepun ke, Hong Kong ke, Amerika ke.. kalau ada babak lawan minum mesti buat Khalis tertanya tanya. Khalis tak hairan kalau boleh tahan atau tidak mabuk. Tapi perut diorang tak kembung ke minum banyak sangat. Khalis tak pernah dengar dialog.. " Argghhh.. perut aku kembung.." biasanya mesti mabuk atau pengsan terus. Mungkin ada sesiapa boleh bagitau. Adakah minum alkohol ni tak kenyang? sampai 10 botol.. cuba minum air tin pepsi ke.. rasanya 2 tin dah tak larat..

kalau dapat ke bapak penyamun ni..senyum lebar tak habis..

Comments

Ym.Bundle said…
aku pon baru terpikir la khalis..ikut pengalaman lampau aku..serius tak pernah timbul soal perut kembung minum banyak..pelik jugak..tau tau tingtong je..
Anonymous said…
Tu sebab air setan bongok.. Mmg r xkembong kembong. Tu pon xleh pkir ke?
mykhalis said…
bongok! ko faham tak soalannya kenapa?takde jawapan logik skit ke?
Anonymous said…
Aku mybe paham..khalis nak smpaikan yang mabuk2 dlam muvi smue scene x msok akal sbab x kmbong2.btol x?haha
ewin said…
sebenarnya minum-minum macam dalam filem tu hanya filem semata-mata. selalunya orang kalau minum 3/4 botol je dah boleh mabuk. aku sendiri pun kalau minum tak sampai setengah botol dah sampai tahap tarik-rumput-supaya-tak-jatuh.

jadi kesimpulan pertama aku, kalau minum dalam sebotol (lebih kurang botol kicap bagi mereka yang tak biasa minum) tak mungkin kembung kot melainkan kalau sebelum tu korang dah minum berbotol-botol.

kesimpulan nombor dua, dalam filem yang boleh minum berbotol-botol tapi masih steady tu, kau anggap je la bohong. gila apa nak minum berbotol-botol.

ok ada lagi satu ekstra kesimpulan. khalis tak akan kau tak tahu yang manusia akan kencing setelah perut kembung. bila dah kembung kau kencing. bila kencing pundi kencing kau dah kosong dan kau boleh minum balik.

ini cuma menjawab soalan. pasal moral aku pandai-pandai koranglah ambil iktibar. aku tak galakan sesiapa minum. dah besar pandai-pandai fikir aaaaaaaa..
mra said…
hahaa... alkohol meruap, itu yg rasa tak kembong, bila kembong tidak perasan kerana mabuk, makin lama nak minom kerana alkohol itu mengeringkan. kembong tidak timbol kerana dah muntah

Popular Posts