Zaid Ibrahim pulak meroyan sokong Erykah Badu. Sanggup pergi Jakarta nak tengok konsert

Ini lagi satu gila punya orang.. Sudah-sudahla tu. janganla terlalu open minded sangat. Khalis betul-betul tak faham.. kenapa ada orang nak sangat Erykah Badu buat konsert di Malaysia.. Korang tau tak? sebab isu ni, Khalis dah 2 kali YT video klip lagu Erykah Badu!!lagu sengau nak mengantok gile..


Zaid Ibrahim, Presiden KITA yang terbuang mempertahankan Erykah Badu melalui entri terkini blognya. Dia mempersoalkan kenapa kerajaan melalui menteri Rais Yatim membatalkan konsert Erykah Badu.
Zaid menggambarkan tatu kalimah Allah pada badan Erykah hanya huruf Arab yang kelihatan seperti kalimah Allah. Nampaknya Zaid tak nampak itu kalimah Allah.
Tatu tersebut juga boleh ditanggalkan dan Zaid menulis, sekiranya bukan kekal kemungkinan besar Erykah tidak akan mempamerkan tulisan itu semasa persembahan dan tak sepatutnya orang Islam marah. Zaid juga mendakwa sekiranya ia kekal, ia adalah ekpresi seni dan bukan cubaan untuk menyinggung sesiapa.
Bagaimana Rais tahu yang tatu itu telah mengguris perasaan orang Islam Malaysia? Tanya Zaid. Rais tidak boleh sesuka hati membuat keputusan/polisi berdasarkan pandangan peribadi. Jika kita benarkan orang Kristian menggunakan kalimah Allah selama lebih 100 tahun, tidak ada sebab untuk kita hukum peminat Cik Badu (yang tidak dapat menonton konsert beliau) hanya kerana kalimah itu ada tertulis pada badannya.
Zaid juga akan ke Jakarta minggu hadapan sekiranya dibenarkan isterinya untuk memberi sokongan kepada Erykah Badu yang akan membuat konsert di sana. Zaid yakin dengan 220 juta rakyat Indonesia tidak seperti Rais Yatim.
Kita lihat bagaimana sambutan rakyat Indonesia terhadap Erykah Badu sama ada pernyataan Zaid itu benar.

Comments

Anonymous said…
Islam ke tak dia ni? isy....
yus said…
bahalol punya org...

Popular Posts