Peserta ratu cantik Ukrain mati direjam

SIMFEROPOL (Ukraine): Seorang remaja perempuan dilaporkan direjam hingga
mati mengikut undang-undang syariah selepas dia mengambil bahagian dalam
pertandingan ratu cantik di Ukraine.

Media melaporkan, mayat Katya Koren, 19, ditemui di sebuah kampung tidak
jauh dari rumahnya di wilayah autonomi Crimea.

Rakan Kayta berkata, remaja itu memang gemar mengenakan pakaian mengikut
fesyen semasa dan menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan baru-baru
ini.
Kata mereka, Katya mendapat tempat ketujuh dalam pertandingan itu.

Media melaporkan, mayat remaja itu yang cedera teruk ditemui
ditinggalkan dalam kawasan hutan.

Mayat itu ditemui seminggu selepas Katya dilaporkan hilang.
Media melaporkan, polis kini memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan
itu dan sedang menyiasat tiga pemuda Islam yang dikaitkan dengan
kejadian berkenaan.

Sumber berkata, pemuda terbabit menganggap kematian Katya itu dibenarkan
mengikut hukum Islam.

Katanya, seorang daripada suspek dikenali sebagai Bihal Gaziev, 16,
menganggap Katya melanggar undang-undang syariah.

“Bihal berkata, dia tidak kesal merejam Katya hingga mati,” katanya. - DM

Sumber: Metro

Comments

foredi said…
kasihan juga tuh cewek...
Anonymous said…
kalau ye pun pasal agama(kalaulah!) apehal kau nak rejam pulak budak tu. bukannya kau tuhan pun!
Pe la cam tu, islam tak de kejam cam tu

Popular Posts