Gambar-gambar lagenda terbaik sepanjang zaman
Seperti sebelum-sebelum ini, saya ada kongsikan bahawa minat saya untuk menangkap gambar. Tapi saya merasakan saya masih tidak mampu nak menjadi jurugambar kerana saya bukanlah orang yang selalu berjalan, orang yang kreatif nak mengkap gambar pada masa dan ketika yang sesuai.
Terdapat banyak gambar-gambar yang cantik di seluruh dunia ini. Dengan pelbagai bantuan software editing, gambar menjadi lebih menyerlah, boleh menjadikannya kelihatan bersinar, memadamkan kesan yang tidak cantik, menjadikannya nampak old school. Apa sahaja.
Petang ini, saya ingin menunjukkan kepada anda koleksi semua gambar-gambar yang di anggap master piece yang mendapat anugerah dan liputan. Semestinya gambar-gambar ini memberikan kesan yang mendalam kepada sesiapa yang mengetahui cerita di sebaliknya.
Gambar pertama ini adalah hasil tangkapan Jeff Widener – yang menamakan gambarnya Tank Man. Meskipun ada 4 orang yang mengaku bahawa ini ditangkap oleh mereka, namun ini Jeff lebih dipercayai. Gambar ini ditangkap ketika perarakan kereta kebal di Beijing’s Tiananmen Square. Identiti ini tidak diketahui sehingga sekarang.
Gambar kedua pula ialah gambar yang menggemparkan seluruh dunia. Kerana jurugambar ini,Kevin Carter memberitahu bahawa ketika dia melihat situasi yang mana seekor burung hering sedang menantikan makanannya( Ya betul..seorang budak yang lemah kelaparan) dan semestinya yang paling mengejutkan beliau hanya menanti budak ini mati selain dari membantu kanak-kanak malang ini. Mendapat anugerah Pulitzer Prize(anugerah dalam bidang foto). Namun yang mengejutkan, beliau membunuh diri kerana tekanan yang diberikan kerana mementingkan kerjaya dari kemanusiaan. Gambar ini diberi nama Vulture Stalking a Child – Hering yang menanti budak.
Pernah lihat National Geografi? Kalau anda lihat montaj-montaj sebelum dikumentari dimulakan anda akan perasan wajah ini. Inilah wajah seorang gadis pelarian di Pakistan yang ditangkap pada tahun 1994 dan menjadi kulit depan majalah National Geografi pada tahun 1995. ditangkap di kem pelarian Nasir Bagh, identiti gadis ini tidak diketahui sehiggalah team National Geografi kembali ke Pakistan untuk menjejak semula gadis ini pada tahun 2002.
Alfred Eisenstaedt jurugambar untuk V–J day in Times Square. Jikalau anda menonton filem The night at Museum, anda akan mendapati ada 1 babak menggunakan gambar ini. Gambar ini ditangkap pada 14 Ogos 1945 bersempena hari kekasih. Gambar ini disiarkan di majalah sepanjang minggu dan terdapat 3 lagi gambar yang lebih kurang sama dengan ini, ditangkap di lokasi berlainan.
Walauapapun yang orang kata mengenai penjelajahan ke bulan. Ianya tetap satu perkara yang menakjubkan. Gambar ini ditangkap oleh manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan Neil Amstrong. Kelebihan gambar ini berbanding ratusan gambar lain ialah Amstrong menangkap gambar Buzz Aldrin dengan refleksi di razor terpancul dan kelihatan gambar beliau sekali dengan kapal angkasa.
Comments