Pendedahan! Siapakah kekasih pertama Dato' Sri Najib Tun Razak
Selepas pendedahan menganai PM Rosmah Mansur.. semalam.. Khalis nak kongsikan mengenai fakta menarik ni. Sebenarnya Khalis dah mintak lama dah kebenaran dari Milosuam @rejam untuk share pasal ni.. yerla..kisah romantik pemimpin kita..apa salahnye kan? Kalau dapat pasal Tuan Guru Nik Aziz Khalis share pulak nanti..heh..
Salah seorang pembaca menghantar sebuah email kepada MiLo SuaM, meminta kami menyiarkan gambar nostalgia Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak di masa mudanya bersama seorang wanita yang dipercayai kekasih pertama beliau. Gambar-gambar ini dikatakan diambil daripada sebuah buku lama.
Menurut pengirim email, tujuan beliau berkongsi gambar ini bukan untuk mengaibkan Perdana Menteri, sebaliknya berkongsi nostalgia lama Najib bersama kekasihnya semasa muda. Tambahan pula gambar intim Najib memeluk erat kekasihnya ini bukan dilakukan di dalam bilik, sebaliknya di depan khalayak ramai. Maka pengirim email berkata, ini jelas menunjukkan Najib tidak merasa malu, sebaliknya bangga dengan kekasih pertama yang dicintainya.
Menurut pengirim email berdasarkan kepada penerangan gambar (caption) yang dipetik dari majalah ini, gadis ini tinggal bersama-sama dengan Najib Tun Razak semasa di London. Malah mereka dikatakan sudah berjanji untuk berkahwin.
Berikut sekeping lagi gambar Najib dan wanita yang didakwa kekasih pertamanya. Bagaimanapun, dua keping lagi gambar yang dikirim kepada MiLo SuaM, tidak dapat disiarkan kerana ia lebih bersifat mengaibkan Perdana Menteri. Kami kira dua keping lagi gambar agak keterlaluan jadi tidak dapat disiarkan, harap maaf.
Kata orang "ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?", sebuah lagi peribahasa yang sesuai, "kalau dah bapak borek, anaknya rintiklah", begitulah yang boleh digambarkan kepada keluarga Najib Tun Razak. Watak dan gaya hidup Najib di masa muda, ternyata berjaya diturunkan kepada anak lelakinya Nashman.
Rasanya tak perlulah dikenalkan lagi Anak Perdana menteri yang sorang ni. Kalau pembaca nak lihat lagi gambar-gambar lain yang lebih hot, Nashman bersosial bersama gadis-gadis, sila gunakan khidmat lebai google.
ReJaM© "Boleh tahan anak beranak, pandai Najib turunkan bakat kepada anaknya..."
PERHATIAN: Entry ini bukan berniat untuk mengaibkan Perdana Menteri (Tiada gambar aib yang disiarkan), namun kami nak tekankan, kalau kami mahu, lebih dari ini kami boleh siarkan.
Comments
saya ingin menegur, perbuatan silam seseorang jgnlah dibuka. sama spt buka aib,sedang dlm islam sendiri suruh kita tutup aib dan hanya mengadu kpd Allah. kecuali kita berdosa pada seseorg dan perlu minta maaf pada dia.
lagipun, saya kira artikel di atas tidak relevan.
cuba bayangkan seorang yg pernah ditangkap basah semasa muda dan telah dijatuhkan hukum,menyesal dan membina hidup baru:berkahwin. tapi masih ada orang yg menyebarkan kisah kesilapan dia semasa muda.adilkah?fikir-fikirkanlah...
membuka aib seseorg membuat kita berdosa kpd seseorang. dosa pada Allah boleh kita taubat,tapi dosa pd manusia kena minta maaf pada org itu.
saya harap penulis lebih berhati2 semasa menulis.
sesungguhnya mata pena itu lebih tajam dari mata pedang.ungkapan ini sudah cukup membuktikan betapa patah perktaan yg ditulis itu mampu berkuasa besar.sekian. jazakallah.
Melayu perlu bersatu untuk terus memastikan nasib anak cucu terbela. Terutamanya agama terbela. Berpecahbelah begini, usahkan bangsa, agama pun org bwk main. Malulah pada diri sendiri dgn apa yg dah kita buat dan yg akan kita tinggalkan utk anak2 cucu dgn negara yg berpecahbelah, tak tenteram. Lebih malu kpd Allah kerana disebabkan kuasa dan sibuk nak tawan Putrajaya, agama tergadai, ataupun jika belum tergadai, hampir2 tergadai. Hentikan fitnah hentikan mencucuk jarum minta org berdemonstrasi dan jadi kurang ajar sesama bangsa dan agama dan hentikanlah berpecahbelah. Bersatulah semula. Melayu kena bersatu untuk kekalkan maruah, bangsa dan agama di muka bumi Malaysia ni. Tak ada bangsa lain yg akan memperjuangkan Islam melainkan org Islam sendiri. Jgn jadi bodoh percaya bulat2 dgn janji2 kosong hanya disebabkan kita memilih untuk percaya apa yg kita harap suatu yg kita mahu itu akan berlaku sedangkan bangsa lain mengambil kesempatan akibat kebodohan kita.
yang dok komen sini pun belum tentu suci murni... kalau dikira2 agaknya apa sumbangan kita kepada negara, bangsa dan agama berbanding PM Najib yg diaibkan? hmmmm
tapi kalu criter artis suka lak korang nk tau..kalu ikot kan melodi kat TV swasta da banyak aibkan umat orang
napa x ambik tindakan...ngook la