Adess..dari ahli bina badan bertukar menjadi mak nyah

SOUTHAMPTON, Britain – Seorang bekas ahli bina badan lelaki, Chrisie
Edkins kini bergelar model glamor selepas dia menukar identitinya
menjadi seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.

Edkins, 31, ditawarkan banyak kontrak peragaan yang menyaksikannya
beraksi sebagai model wanita malah dia juga menceburi bidang nyanyian.

Lelaki tersebut yang memiliki seorang anak perempuan berusia sembilan
tahun, Chloe, hidup sebagai seorang wanita selama bertahun-tahun sebelum
dia tampil secara terbuka dengan identiti barunya itu pada tahun 2003.

“Saya masih melaksanakan tanggungjawab sebagai penjaga dan anak saya
memahami kehidupan baru saya,” katanya.

Edkins yang dahulunya dikenali dengan nama lelaki, Chris pernah bekerja
sebagai seorang mekanik dan juruelektrik dengan tujuan untuk membuktikan
kepada dirinya bahawa dia ialah seorang lelaki ‘sejati’.

Namun, dia kemudian memutuskan untuk akur kepada naluri kewanitaan yang
kuat dalam dirinya.

Edkins kemudian menjalani terapi hormon dan pelbagai rawatan kosmetik
termasuk rawatan membesarkan payu dara untuk tampil sebagai seorang
wanita yang cantik.

Dia mengubah profil diri di Facebook kepada wanita pada tahun 2003. – Agensi

Comments

dear anies said…
thn 2003 FB lom ada lg la...

Popular Posts