Alangkah Bodohnya…18 Tahun memakai Lampin


London – Seorang lelaki berusia 31 tahun sanggup menghabiskan usianya selama 18 tahun dengan memakai lampin pakai buang dan menghisap puting semata-mata ingin menjadi seorang budak berusia dua tahun.

Stanley Thornton bukan sahaja tidur dalam kandang bayi malah dia juga mempunyai bilik tidur sendiri yang dihiasi dengan perhiasan budak kecil.

Menurut Stanley, setiap hari dia berlagak seolah-olah dia budak berusia dua tahun dan dengan melakukannya, dia merasakan ia satu perkara paling penting dalam hidupnya.

“Ia merupakan perasaan yang tidak pernah saya alami sepanjang saya membesar.
“Dengan menjadi `budak dewasa’ saya dapat mengatasi segala masalah yang saya alami,” katanya.

Demi memenuhi kehendaknya menjadi budak, dia mempunyai crayon dan pensil untuk melukis serta kerusi kanak-kanak yang besar di mana dia akan duduk di situ ketika makan.

Stanley yang mempunyai berat badan 133 kilogram itu juga mempunyai tukang jahit sendiri yang menjahit baju tidur untuknya.

Dia yang pernah muncul dalam rancangan TLC’s My Crazy Obsession kini sedang mencari seorang ibu sepenuh masa.

Comments

Popular Posts