malunya.. Pengantin tertipu potong kek kahwin polisterina.


LLANELLI, Wales – Sepasang pengantin baru mendapati kek pada majlis perkahwinan mereka diperbuat daripada polistirena.

Pasangan itu, Aimee dan Tony West kemudian diberikan ganti rugi sebanyak £310 (RM1,764) oleh syarikat Creative Cakes selepas kes tersebut dibicarakan di sebuah mahkamah.

Aimee dan Tony pada mulanya membeli kek tiga tingkat itu yang dihiasi dengan coklat gelap dan putih termasuk bunga dan aising.

Pada majlis memotong kek perkahwinan itu, pasangan berkenaan terkejut apabila ibu pengantin perempuan menjerit: “Itu kek palsu.”

Pisau yang dipegang oleh pasangan itu mengenai polistirena berwarna putih di bawah lapisan aising coklat kek tersebut.

Mereka membeli kek itu pada harga £270 (RM1,537) di kedai kek di bandar Llanelli barat Wales.

“Saya berasa amat terkejut dan malu di hadapan keluarga dan rakan-rakan,” kata Aimee semasa mendedahkan perasaannya selepas mendapati kek itu sebenarnya palsu.

Comments

apakah motif dibuat begini ya?

Popular Posts