Denda RM500 Curi Seluar Dalam Wanita
PULAU PINANG – Gara-gara mencuri pakaian dalam wanita, seorang penjaga stor didenda sebanyak RM500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Muhammad Nazri Abdullah, 29, dari Taman Seri Relau, Bayan Lepas di sini didapati bersalah melakukannya di Blok 7B, Palm Court, Jalan Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong di sini pada 18 Mac lalu, kira-kira pukul 1.40 pagi.
Dia dipercayai mencuri barangan tersebut yang disidai di ampaian.
Mengikut keterangan kes, Muhammad Nazri ditahan oleh orang ramai ketika kejadian.
Apabila diperiksa, mereka menjumpai tiga helai baju dalam dan enam helai seluar dalam wanita di dalam begnya.
Dia kemudiannya dipukul oleh orang ramai yang berang sehingga lebam kedua-dua matanya.
Ketika disiasat oleh polis, dia tidak dapat memberi keterangan memuaskan bagaimana ‘barangan’ tersebut diperolehinya.
Dia didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
Ketika pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azizah Jaafar, Muhammad Nazri mengangguk sebagai tanda faham dan mengaku bersalah.
Majistret, Noor Aini Yusof kemudiannya menetapkan denda sebanyak RM500 dan sekiranya gagal membayarnya, tertuduh boleh dipenjara selama sebulan.

Comments