Pages

Support Penaja

Monday, March 19, 2012

Akibat suka menunjuk-nunjuk barang mewah di facebook

Posted by mykhalis On 3:31 PM 3 comments

hiasan

Minggu lepas Khalis agak sibuk dengan majlis kahwin. Walaupun katering,, tapi dah lama tak jumpa saudara mara, so buat-buatla ada aktiviti.. Cuma rasa kerdil je diri ni bila tengok ramai sedara-sedara yang sebaya dengan Khalis pakai Galaxy tab la.. Ipad la.. huiihh..canggih-canggih.. kalau masa zaman mula2 masuk U dulu.. henset lagi canggih kalau lagi kecik.. tapi sekarang.. henset dah boleh tutup muka.. macam berborak guna notebook pun ada.. jeless..

Pernah jugak bodek orang rumah selaku menteri kewangan keluarga nak beli.. senang nak berblog walaupun jauh dari cc.. dia cakap..bukan selalu pun ada kenduri.. sebulan sekalipun payah.. dah tu nanti rugi je beli.. baru beli Ipad 2 dah keluar Ipad 3.. dah beli 3 keluar 4.. guna la apa yang ada. huu..redho jela..

Tapi kita ambik pengajaran pada kisah seorang remaja yang sering menunjuk2 gadget canggihnya..akhirnya.. rumahnya telah dikenal pasti perompak.. disebabkan dia suka update status saya di sini..saya di sana.. maka perompak dapat tahu bilakah masanya dia meninggalkan rumahnya..

pengajarannya... kalau pergi gunung ke daik bercabang tiga pun tak perlulah update sangat.. nak updatepun biarlah lambat sikit.. kita tak tahu sape yang kita add sebagai kawan  ye tak?

Akibat suka menunjuk-nunjuk kemewahan di Facebook berakhir sial bagi remaja ini. Benda-benda elektronik yang ditunjukkannya menarik perhatian teman Facebook yang ternyata pencuri. Apartment remaja pun diceroboh. Remaja yang tak disebut identitinya itu tinggal di Sao Paulo, Brazil. Menurut Fabiana do Sena, polis yang menyelidiki kes ini, pencetus idea perompakan itu diketahui adalah salah seorang teman sekolahnya.

Si pencuri tergoda dengan benda-benda elektronik yang dipamerkan remaja itu di Facebook. Entah bagaimana, ia berhasil mencuri kunci rumah sang remaja dan meminta bantuan dua orang dewasa merampok apartment korban di wilayah kelas menengah di Sao Paulo. Dua perompak tersebut sukses menceroboh rumah korban dan menawan keluarganya. Mereka pun meraup beberapa barang berharga seperti perhiasan, jam tangan, benda elektronik dan wang tunai.

Polis menerima laporan perompakan ini dan memburu tersangka. Dua pencuri itu ternyata bersenjata dan terlibat tembak-tembakan dengan polis. Akhirnya, keduanya tewas ditembak. Remaja yang menjadi mastermind perompakan ditangkap dan mengakui perbuatannya. “Para remaja menampilkan informasi peribadinya di website itu. Penting bagi orang tua menasihati agar mereka tidak melakukannya.

jaga-jaga,, jangan terleka sangat..

3 comments:

sy penah ckp kt blogger2 yg suka menunjuk2 ni..tp x tau la kalu depa amik pengajaran..

itu macam cakap sama orang rumah, takyah bli kasut/ baju baru/ brg kemas, nnt kalau ade, ade lg, ade lg n lg, nak lg yg baru...

nk tunjuk boleh, tp jgn over sgt,smpi satu rumah semua nk tunjuuk,mmg lah ada org try amik kesempatan!

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...