SOAL JAWAB FENOMENA EKUINOKS 20 MAC 2012|APA ITU FENOMENA EKUINOKS


20 Mac 2012, pada jam 1:14 PM (Waktu Malaysia), akan berlaku fenomena Ekuinoks. Fenomena ini berlaku pada setiap bulan Mac dan Sep setiap tahun, yang mana pada saat tersebut, Matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Jadi, apakah sebenarnya berlaku ketika tarikh tersebut? Apakah kesannya terhadap kita di Bumi?

Jom kita berkenalan sikit dengan Ekuinoks dalam bentuk Q&A.
Q: Kenapa ia dipanggil Ekuinoks?
A: Ia sebenarnya berasal dari perkataan Latin yang bermaksud ‘equal night’.haa…

Q: Kenapa ia boleh berlaku?
A: Semua tahu paksi Bumi condong sebanyak 23.5 darjah. Ketika ia mengelilingi matahari, ada ketikanya paksi Bumi akan berada tegak (relatif kepada kedudukan matahari). Maka pada ketika itu, berlakulah fenomena ekuinoks.

: Pada tarikh equinoks itu, di mana kedudukan matahari di langit?
A: Pada ketika itu, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.

Q: Apa kesannya kepada penduduk di Bumi.
A: Secara umumnya, ekuinoks pada bulan Mac akan menandakan bermulanya musim bunga bagi negara-negara di hemisfera utara, manakala bagi negara di hemisfera selatan, ia menandakan bermulanya musim luruh.

Q: Ada orang mengatakan pada tarikh ekuinoks ini, waktu siang dan malam adalah sama, iaitu 12 jam. Betul ke?
A: Sebenarnya kurang tepat. Ini adalah kerana waktu matahari terbit dikira pada saat nampaknya ‘bentuk’ matahari di atas ufuk. Walhal posisi sebenarnya matahari di langit dikira pada titik tengah bulatan matahari.

Q: Maknanya?
A: Maknanya, matahari sebenarnya terbit ‘lebih awal’. Perkara yang sama berlaku apabila ia terbenam, yang mana walaupun titik tengah matahari sudahpun berada di bawah ufuk, bentuk ‘bulat’ matahari masih lagi kelihatan beberapa minit selepas itu.

Q: Kalau begitu, maknanya matahari kelihatan di langit lebih sikit daripada 12 jam la ye?
A: Ya, betul. Dan ada lagi satu faktor iaitu serakan cahaya di atmosfera.

Q: Apa kesan serakan atmosfera terhadap cahaya matahari?
A: Perasan tak, apabila hilangnya matahari di ufuk, ia menandakan waktu terbenam matahari dan juga menunjukkan masuknya waktu Maghrib. Ketika itu cahaya di langit masih terang. Hanya apabila menjelang Isya’ sahaja, barulah cahaya kemerahan di langit hilang dan langit menjadi hitam. Itu adalah kesan cahaya matahari yang diserakkan oleh atmosfera kita.

Q: Ok, maksudnya?
A: Maksudnya, contoh, katakan waktu matahari terbenam ialah pada jam 7.30 petang, ‘malam’ sebenar hanya bermula pada jam lebih kurang 8.40 malam, iaitu lebih sikit dari 1 jam selepas matahari terbenam.

Q: Ok, jadi adakah kesan yang sama berlaku pada waktu Subuh?
A: Ya, pada waktu Subuh, perasan tak, langit sebenarnya sudah mula terang SEBELUM matahari terbit di ufuk timur. Oleh itu, sama kes seperti yang tadi, ‘malam sebenar’ telahpun berakhir sebaik sahaja azan Subuh berkumandang.

Q: Kalau begitu, siang di hari ekuinoks ialah lebih kurang beginilah ye, 12 jam + 1 jam lebih sikit + 1 jam lebih sikit, iaitu 14 jam!
A: Boleh juga dikatakan begitu, tapi jangan keliru pula!. 14 jam tu bukan bermaksud 14 jam matahari ada di atas langit!
14 jam itu ialah jumlah masa matahari berada di langit DAN waktu CAHAYA langitnya masih kelihatan selepas ia terbenam (iaitu waktu Maghrib hingga Isya, dan waktu Subuh hingga terbit mahatari). Matahari tetap terbenam pada waktu Maghrib seperti biasa.

Q: Selain dari di atas, apa faktor lain yang menyebabkan siang lebih panjang pada hari ekuinoks?
A: Faktor biasan cahaya oleh atmosfera kita, akan menyebabkan matahari masih kelihatan di ufuk, walaupun pada hakikatnya matahari sudahpun terbenam di bawah ufuk.

Q: Jadi, adakah waktu solat kita akan berubah pada hari ekuinoks?
A: Ehh…. tidak sekali! Waktu solat kita tetap seperti sediakala, sepertimana di paparkan di laman web JAKIM. Tidak perlu kelam-kabut hantar SMS palsu!

Q: Saya tak kata nak hantar SMS pun!
A: Memangla, tapi pernah berlaku beberapa tahun lepas, di mana kecoh apabila ada SMS tersebar yang mengatakan waktu Maghrib sudah berubah pasal fenomena Ekuinoks itu!

Q: Ok, saya faham. Jadi, fenomena Equinoks ini berlaku tahun 2012 ini saja ke? Adakah ia ada kaitan dengan huru-hara 21.12.2012 !??
A: Laaa… mana ada kaitan pun! Ekuinoks ini sudah berlaku sejak wujudnya bumi dan matahari! Ia BUKANLAH fenomena baru! Ia sudah berlaku berulang-ulang kali! Lagipun huru-hara 2012 itu pun mengarut.

Q: Ye ke? Kenapa sebelum ini saya tak tahu? Mungkin NASA menyembunyikan sesuatu?
A: Laaa.. apa kena mengena dengan NASA pulak? Lain kali rajin-rajinlah membaca. Membaca amalan mulia!

Comments

Cik mama said…
Hehheheh.. sape yg jadi tukang tanya tu.?? yg last tu buat tergelak jerr..

Popular Posts