Pasangan Gay Asmara Di Dek


ROSEAU (Dominica) – Dua lelaki California yang menyertai pelayaran kapal khas untuk golongan gay di Laut Caribbean ditahan di Dominica negara yang mengharamkan hubungan seks sejenis semalam.
Polis berkata, mereka menaiki kapal berkenaan dan menahan dua lelaki terbabit kerana disyaki berkelakuan sumbang dan meliwat.

Lelaki terbabit dikenali sebagai John Robert Hart, 41, dan Dennis Jay Mayer, 43, tetapi tiada sebarang maklumat mengenai tempat tinggal mereka.

Kata polis, suspek didakwa melakukan hubungan seks di atas dek kapal Celebrity Summit.

Mereka didakwa di mahkamah dan boleh didenda RM1,140 dan penjara sehingga enam bulan jika didapati bersalah. Celebrity Summit berlepas dari Puerto Rico dengan membawa kira-kira 2,000 pelancong pada Sabtu lalu dan tiba di Dominica semalam. – AP

Comments

Popular Posts