Syikin penyanyi dangdut kini tinggal berasingan dengan suami


19 Mac- Penyanyi dangdut Shikin atau nama sebenar Aishah Dahlan memberitahu bahawa tidak lagi tinggal lagi serumah bersama suaminya lebih setahun yang lalu.

Walaupun sudah hampir setahun tidak tinggal bersama, Shikin memberitahu bahawa dia tidak mahu bercerai lagi buat masa ini kerana memberitahu bahawa mereka lebih selesa sedemikian.

"Keputusan yang kami buat sejak setahun yang lalu telah dipersetujui kedua-dua belah pihak. Kami telah berbincang dan memutuskan untuk tidak tinggal bersama. Ini kerana ingin memberikan ruang kepada masing-masing," ujarnya kepada Mstar Online.

Shikin turut memberitahu bahawa hubungannya bersama suami, Ahmad Zuki Mohd Zain , 36 , sudah tiada jodoh namun menyerahkan segala takdir kepada Allah untuk menentukan hubungan mereka.
Oleh yang demikian, Shikin turut tidak mahu menfailkan penceraian kerana memikirkan terpaksa berulang-alik ke mahkamah.

Shikin yang kini berusia 32 tahun turut memberitahu bahawa hubungan mereka seperti sahabat dan ini dibuat demi anak tunggal mereka Qistina Balqis yang berusia tujuh tahun.

Selain daripada itu juga, Shikin masih sibuk dengan undangan majlis korporat dan kini dia turut kembali aktif menyanyi di sebuah kelab di ibu negara.

Shikin dan Zaki berkahwin pada 27 September 2003 dan perkahwinan mereka mulai goyah sekitar tahun 2010 apabila desas-desus mengatakan hubungan mereka bergolak.

Comments

Popular Posts