Pendedahan! Siapakah kekasih pertama Dato' Sri Najib Tun Razak

Selepas pendedahan menganai PM Rosmah Mansur.. semalam.. Khalis nak kongsikan mengenai fakta menarik ni. Sebenarnya Khalis dah mintak lama dah kebenaran dari Milosuam @rejam untuk share pasal ni.. yerla..kisah romantik pemimpin kita..apa salahnye kan? Kalau dapat pasal Tuan Guru Nik Aziz Khalis share pulak nanti..heh..

Salah seorang pembaca menghantar sebuah email kepada MiLo SuaM, meminta kami menyiarkan gambar nostalgia Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak di masa mudanya bersama seorang wanita yang dipercayai kekasih pertama beliau. Gambar-gambar ini dikatakan diambil daripada sebuah buku lama.

Menurut pengirim email, tujuan beliau berkongsi gambar ini bukan untuk mengaibkan Perdana Menteri, sebaliknya berkongsi nostalgia lama Najib bersama kekasihnya semasa muda. Tambahan pula gambar intim Najib memeluk erat kekasihnya ini bukan dilakukan di dalam bilik, sebaliknya di depan khalayak ramai. Maka pengirim email berkata, ini jelas menunjukkan Najib tidak merasa malu, sebaliknya bangga dengan kekasih pertama yang dicintainya.

Menurut pengirim email berdasarkan kepada penerangan gambar (caption) yang dipetik dari majalah ini, gadis ini tinggal bersama-sama dengan Najib Tun Razak semasa di London. Malah mereka dikatakan sudah berjanji untuk berkahwin.


Berikut sekeping lagi gambar Najib dan wanita yang didakwa kekasih pertamanya. Bagaimanapun, dua keping lagi gambar yang dikirim kepada MiLo SuaM, tidak dapat disiarkan kerana ia lebih bersifat mengaibkan Perdana Menteri. Kami kira dua keping lagi gambar agak keterlaluan jadi tidak dapat disiarkan, harap maaf.


Kata orang "ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?", sebuah lagi peribahasa yang sesuai, "kalau dah bapak borek, anaknya rintiklah", begitulah yang boleh digambarkan kepada keluarga Najib Tun Razak. Watak dan gaya hidup Najib di masa muda, ternyata berjaya diturunkan kepada anak lelakinya Nashman.


Rasanya tak perlulah dikenalkan lagi Anak Perdana menteri yang sorang ni. Kalau pembaca nak lihat lagi gambar-gambar lain yang lebih hot, Nashman bersosial bersama gadis-gadis, sila gunakan khidmat lebai google.



ReJaM© "Boleh tahan anak beranak, pandai Najib turunkan bakat kepada anaknya..."


PERHATIAN: Entry ini bukan berniat untuk mengaibkan Perdana Menteri (Tiada gambar aib yang disiarkan), namun kami nak tekankan, kalau kami mahu, lebih dari ini kami boleh siarkan.

Comments

Anonymous said…
Biar betul Najib ke tu??
farah said…
hari2 saya baca blog ni. sebab fun. dari gaya penulisan,dapat diteka yg penulis seorang yg ada ilmu agama.
saya ingin menegur, perbuatan silam seseorang jgnlah dibuka. sama spt buka aib,sedang dlm islam sendiri suruh kita tutup aib dan hanya mengadu kpd Allah. kecuali kita berdosa pada seseorg dan perlu minta maaf pada dia.
lagipun, saya kira artikel di atas tidak relevan.
cuba bayangkan seorang yg pernah ditangkap basah semasa muda dan telah dijatuhkan hukum,menyesal dan membina hidup baru:berkahwin. tapi masih ada orang yg menyebarkan kisah kesilapan dia semasa muda.adilkah?fikir-fikirkanlah...
membuka aib seseorg membuat kita berdosa kpd seseorang. dosa pada Allah boleh kita taubat,tapi dosa pd manusia kena minta maaf pada org itu.
saya harap penulis lebih berhati2 semasa menulis.
sesungguhnya mata pena itu lebih tajam dari mata pedang.ungkapan ini sudah cukup membuktikan betapa patah perktaan yg ditulis itu mampu berkuasa besar.sekian. jazakallah.
Anonymous said…
itu kening atau bulan sabit???
MyHeart said…
pendedahan demi pendedahan...apakah maksud semua ini?
Anonymous said…
asam garam kehidupan.. nauzubillah..
Anonymous said…
Farah.... Saya amat bersetuju dengan tulisan kamu... kenapa perlu lihat sejarah sesorang untuk menilai perbuatan masa kini... saya ingin menceritakan kisah seorang sahabat saya (cerita betul ni ...bukan dugaan) ... Sahabat saya ini ...telah melakukan banyak dosa besar, minum arak ...berzina, berjudi dan sebagainya ...Bukan setakat itu... dia juga telah mengajak (hampir memaksa) staf beliau untuk turut serta dalam aktiviti beliau ... suatu hari Bos beliau telah mengajak beliau bermesyuarat di sebuah negara di timur tengah ... selepas mesyuarat ... Bos tersebut mangajak beliau mengerjakan Umrah di Tanah suci.. kerana terpaksa ... beliau hanya menuruti ajakan Bos tersebut ... Kuasa Allah yang mempunyai sifat pengasih dan penyayang .. telah menyedarkan beliau setelah berlaku sesuatu peristiwa semasa di Makkah .. Sekembali dari sana ... Beliau telah berubah menjadi sebaik baik manusia ... meninggalkan segala kemewahan dunia serta telah berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan keimanan sahabat-sahabat beliau yang beliau sesatkan .. Pertanyaan saya ... Apakah perlu kita menunjukkan keburukan orang masa lalu hanya untuk mempengaruhi pembaca agar percaya bahawa orang tersebut masih berperangai seperti zaman silamnya ... Mengenai anaknya pula ... pernah kita mendengar kisah Aisyah yang suatu waktu dulu murtad dengan menukar agamanya ke agama Hindu malah ajak pula suami hindunya memukul bapanya ... Siapa bapanya? Seorang imam ... adakah semua anak imam akan kekal menjadi seorang ahli agama? bagaimana pula anak dan isteri nabi Nuh... kekal kafir kepada Allah. Adakah bila sesorang jahat anak akan turut Jahat ? Memang Ibu/Bapa yang menyahudikan atau menasranikan seorang anak .... tetapi jangan kita lupa .. jika kita mengaibkan seseorang takut perkara yang sama Allah akan turunkan kepada kita ...Na'uzubillah
Anonymous said…
Masalahnya puak dalam gambar ni dah bertaubat ke?
Anonymous said…
P mekah dh tu... Hj bkn umrah
Anonymous said…
cari buruk orang memang senang, tapi apakah sumbangan kita kepada negara, kalau setakat mencari buruk orang sahaja, ia bukan membantu bahkan menambah kebencian rakyat kepada PM kita sendiri. Jgnlah kita menjadi gunting dalam lipatan yang merosakkan masadepan bangsa sendiri, sebaliknya pandanglah kehadapan untuk lahirkan Malaysia yang cemerlang
princess said…
ala hai cam la ko tu xpenah wat cam2.....bende dh blalu biar la xpyah nk aib pm ...ko tu lom ten2 baek
Anonymous said…
Sesiapa yang membuka aib seseorang, Allah akan buka aib dia pula. Berhati2. Sejarah silam, tak perlu diungkit, jika sudah bertaubat. Jgn persoalkan taubat dia diterima atau tidak, itu antara dia dgn Allah. Kita ni jgn sibuk memfitnah org dan dpt dosa kering. Sia2 amalan kita, takut nanti di akhirat, kita jadi muflis sb amalan terpaksa diberi kpd org yg kita fitnah dan umpat di dunia ni.

Melayu perlu bersatu untuk terus memastikan nasib anak cucu terbela. Terutamanya agama terbela. Berpecahbelah begini, usahkan bangsa, agama pun org bwk main. Malulah pada diri sendiri dgn apa yg dah kita buat dan yg akan kita tinggalkan utk anak2 cucu dgn negara yg berpecahbelah, tak tenteram. Lebih malu kpd Allah kerana disebabkan kuasa dan sibuk nak tawan Putrajaya, agama tergadai, ataupun jika belum tergadai, hampir2 tergadai. Hentikan fitnah hentikan mencucuk jarum minta org berdemonstrasi dan jadi kurang ajar sesama bangsa dan agama dan hentikanlah berpecahbelah. Bersatulah semula. Melayu kena bersatu untuk kekalkan maruah, bangsa dan agama di muka bumi Malaysia ni. Tak ada bangsa lain yg akan memperjuangkan Islam melainkan org Islam sendiri. Jgn jadi bodoh percaya bulat2 dgn janji2 kosong hanya disebabkan kita memilih untuk percaya apa yg kita harap suatu yg kita mahu itu akan berlaku sedangkan bangsa lain mengambil kesempatan akibat kebodohan kita.
Anonymous said…
buka aib orang ke orang tu sendiri buka aib dia?
Anonymous said…
semua orang ada kisah silam... yg penting hari ni.

yang dok komen sini pun belum tentu suci murni... kalau dikira2 agaknya apa sumbangan kita kepada negara, bangsa dan agama berbanding PM Najib yg diaibkan? hmmmm
Anonymous said…
ada baiknya tuan punya blog mencari sesuatu cerita yang lebih mendatangkan manfaat kepada pembaca.Sekiranya bacaan santai,teruskan dengan penulisan santai.cerita keburukan orang bukanlah sesuatu yang dituntut agama.jumlah pengunjung blog yang ramai bukanlah lesen untuk kita ke syurga dengan lancar akhirat nanti.
Anonymous said…
Tak payahlah buka aib orang,agama pun melarang. Yang sudah biarlah menjadi sempadan untuk bertambah kebaikan. Takut bercerita keburukan Allah qada kepada pencerita pula atau anak cucunya. Harap tulis yang elok2.
Unknown said…
senang crita klau org buka aib kau malu x?apara klau owg bkn islam tgok natang ni apa dyorg akn ckp?? kta sesama islam ptut la lindung melindungi bkn dedah mendedahi..stupid..
bro chua said…
kalu VIP punya criter romeo..masing2 kuar bab agama..aib la dosa la
tapi kalu criter artis suka lak korang nk tau..kalu ikot kan melodi kat TV swasta da banyak aibkan umat orang
napa x ambik tindakan...ngook la
Anonymous said…
betul to bro chua.

Popular Posts