Pages

Support Penaja

Tuesday, March 20, 2012

Vektor 58- Drama ala-ala robot transformer buatan Malaysia

Posted by mykhalis On 4:58 PM 0 comments


KUALA LUMPUR – Sebuah drama televisyen aksi thriller arahan anak-anak tempatan dari Chain-FX Sdn Bhd berjudul Vektor 58 bakal disajikan di kaca TV untuk para penonton tidak lama lagi.

Drama yang mempunyai 13 episod itu telah menggunakan kepakaran setiap dari mereka dan menggunakan teknik CGI yang canggih serta rumit untuk dilakukan.

Drama arahan Roshfaizal Ariffin (Rosh) itu bakal menampilkan para pelakon yang berjaya memberikan kesan mendalam kepada setiap emosi yang ditonjolkan untuk tatapan penonton-penonton nanti.

Selain itu, Vektor 58 juga menggunakan khidmat penulis-penulis seperti Amir Hafizi (Magika/Merong Mahawangsa) dan Fairul Nizam Ablah (Bionik/Arjuna) yang pernah memberikan khidmat dalam beberapa filem tanah air kita.

Drama aksi ala-ala transformer itu dijangkan bakal menghangatkan industri hiburan drama tanah air dengan menampilkan pelbagai aksi robot.


Vektor 58 mengisahkan tentang satu robot yang mendarat di bumi dan telah kehilangan memorinya berikutan pendaratan yang dasyat.

Namun, dia telah dijaga oleh seorang gadis sehingga mereka menjadi kawan rapat dan sepanjang dijaga oleh gadis itu, Vektor 58 telah menjalani kehidupan sebagai manusia biasa di bumi.

Tetapi, kehidupan robot dan gadis itu berubah setelah ingatan robot itu kembali. Ingin tahu kisah lanjut mengenai drama itu? Saksikan sedutan trailer Vektor 58.

0 comments:

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...