Lelaki Berkahwin Dengan Anjing Untuk Lepas Dari Sumpahan

Selvakumar Duduk Di Sebelah Pengantin Perempuan Yang Memakai Sari Jingga Dan Kalungan Bunga

SEBUAH kuil di selatan Tamil Nadu, India menyaksikan perkahwinan seorang lelaki dengan anjing.

Pengantin lelaki berkenaan merupakan seorang petani berbangsa India berusia 33 tahun bernama Selvakumar, yang telah berkahwin dengan seekor anjing betina yang bernama selvi.

Dia berkahwin dengan anjing betina itu kononya untuk melepaskan diri dari sumpahan akibat kekejamannya membaling dua ekor anjing sehingga mati dan menggantungnya pada pokok 15 tahun yang lalu.

Dia percaya bahawa dia terkena sumpahan kerana hidup menderita sejak menganiaya anjing-anjing itu, katanya kepada Times Hindustan.

"Sejak kejadian itu, kaki dan tangan saya menjadi lumpuh, saya kehilangan pendengaran pada sebelah telinga, dan percakapan saya menjadi tidak jelas", katanya.

Dia cuba mendapatkan rawatan di hospital, tetapi doktor tidak dapat membantunya menyebabkan Selvakumar mandapatkan rawatan tradisional daripada ahli astrologi yang memberitahunya bahawa dia telah dikutuk oleh roh-roh anjing-anjing yang telah dibunuh.

Tukang ramal itu memberi amaran bahawa sumpahan itu akan berakhir hanya jika dia berkahwin dengan anjing dan hidup bersamanya.

Ahli-ahli keluarga mencari "pengantin" perempuan yang sesuai, kemudian memandikannya dan dan memakaikan pakaian untuk majlis perkahwinan.

"Pengantin" perempuan itu dibawa ke kuil oleh wanita-wanita kampung dan seorang sami menjalankan upacara tersebut.

Selepas upacara itu, pengantin lelaki dan keluarganya kemudian meraikan dengan perayaan, manakala anjing itu diberi makan roti.

Selvi dilaporkan cuba untuk melarikan diri kerana kehadiran orang ramai besar tetapi dia telah dijumpai semula dan kembali kepada 'suami' nya.

"Anjing ini hanya untuk meleraikan sumpahan yang terkena dan selepas itu, dia merancang untuk mencari isteri sebenar," kata kawan kepada pengantin lelaki.

Kepercayaan karut orang di kawasan luar bandar India iaitu dengan menganjurkan majlis perkahwinan dengan anjing dan haiwan lain dipercayai boleh meleraikan sumpahan tertentu.

Comments

Popular Posts