Kisah menarik : Menamakan anak Megatron

Memberikan nama buat si manja yang bakal lahir memang memeningkan kepala.. Persoalan yang timbul ialah

a) terlalu panjang
b) terlalu pendek
c) terlalu canggih
d) terlalu biasa

Sedangkan semasa bertunang lagi Khalis sudah merancang untuk memberi nama baby kami Sulaiman.. Khalis suka nama sulaiman kerana Nabi Sulaiman, dan Sulaiman Al -Farsi yang mana ke dua duanya ialah tokoh pemimpin yang hebat. lagipun jarang sungguh orang beri nama nama sebegini. Sayangnya, bila lahir sahaja baby, Khalis nak menamakan Sulaiman telah mendapat bantahan VETO dari mak Khalis.. menurutnya,, semua orang bernama sulaiman yang dia kenal semuanya berperangai tak senonoh.. Jadi terpaksa la menggoogle nama anak..wahaha.. Dapatlah baby Khalis nama Sayf Muslim..

Tapi seorang wanita ini membuat kejutan apabila melancarkan fan page yang mana kalau dapat sejuta peminat, dia akan menamakan anaknya megatron.. Kalau korang tau yang Megatron ini adalah watak balaci jahat dalam Transformers. dan sekarang sudah ada lebih 1 juta orang likes termasuk Khalis.wahahha

jadi nanti korang kalau ada nama anak nak namakan ape ek?

Comments

Ibnushukran said…
haha.. isi optimus prime la baru best.. autobots roll out..
Cik TeN10 said…
lol.. ade jugak mcm ni kn.. haha.. khalis xnk buat jugak ke ?? utk anak 2nd ?? kih3 ^^
mas saari said…
mat salleh boleh lah buat camtu..
kalau orang kita memang buang tabiat!
Syarni Farida said…
DONE! jom like ramai2 ;D
hahaha.. jgn dah besar anti anak die jadi penyangak lak kn.. hahah
Ms.ze said…
sentinel lagi best..
Arpiiz said…
ini apa hal pulak bagi nama macam tu, mujur bukan orang islam..hehe
MFI said…
letak nama bumblebees lagi comel

Popular Posts