Ending Juvana yang Khalis tak berkenan: 4 kesilapan yang tidak disukai

9/10 bintang diberikan pada rancangan ini


Khalis memang peminat siri ni.Walaupun mula tengok pada episod ke tiga..tapi Khalis ganti balik dengan tengok kat tonton.my.

Setakat ni, apa yang Khalis suka kat Juvana kerana apa yang Khalis agak semuanya tak menjadi. Contoh pilihanraya Dorm Captain.. Khalis agak ada kebangkitan dengan ucapan Daim.. tapi hampehh..Kalah.. dan banyak lagi la..

Jadi, siri Juvana ibarat menguji kemampuan IQ Khalis untuk mengagak jalan cerita dan yang seronok sangat-sangat sebab takde persamaan langsung dengan drama melayu lakonan Rosham Nor ataupun Fasha Sandha.

Ok.. apa yang Khalis tak puas hati pada ending ialah

Pertama

Makcik Kantin datang last last minit kat unggun api dan tanya.. "ada apa berlaku?" Amboi.. dengan budak tak datang makan kena kurung.. dengan kecoh budak lari.. tiba2 dia muncul waktu malam tanya.."apa dia??" wahahaha..

Kedua
Daim kena cucuk perut ngan pisau.. Jujurla.. korang kena akui..Daim adalah pelajar yang paling lembik. Memang lembik sebab tu dia selalu kena buli. Tapi bila kena tikam lemahnya dia dalam dorm je.. Lepas tu memang takde pucat-pucat ke..ketar-ketar badan ke.

Ketiga
Cikgu Arifinpun kena tikam jugak.. Kalau dia dah selamat telipon polis nape la dia tak ke hospital je? Kesian tau nak kena datang balik nak menerangkan situasi.. Selepas polis tangkap je.. perasan tak yang takde polis tinggal kat sekolah nak berkawal ke.. ambil keterangan ke.. panggil paramedik ke.. Siap muncul pulak guard tolong tutupkan pintu.. siapa dia tu? adakah dia tak berpakat?

Keempat
Semua orang berjaya menjadi seseorang..

Cikgu Zakiah - Pengetua
Ayam – Jadi bapak kepada lapan orang anak..
Gajah – Penjaga zoo..
Komeng – Jadi warden kat sekolah wira bakti…
Apek – Tokoh koprat…
Abe – pelakon terkenal..
Panjang – Model Majalah…
Botak – jadi peninju asia…
Gaban – Juara motorcross
Daim- Guru

Adakah bapa yang berjaya adalah bapa yang ada anak ramai.. dah la peristiwa baru je 10 tahun berlalu.. keluar sekolah terus kahwin ke apa ayam? memang la dia ada kes buang bayi..tapi perlukah digambarkan ayam berrnafsu besar?hehe

Dan sebenarnya.. ketidakpuashatian ini kerana Juvana adalah siri Melayu terbaik yang Khalis tunggu setiap minggu. Ending yang longgar tapi kalau ada sambungan Juvana 2, memang Khalis nak tengok sangat..

Nampak tak? tidak perlu pelakon kelas pertama.. kalau jalan cerita logik dan tak tipu dengan cerita pasal tender juta-juta(sekarang dah berbillion-lion dan).. cerita pasal mak tiri kaya.. dah jemu.. inilah perubahan dan pengajaran yang jelas. Khalis paling suka bila bab berdebat mereka selalu berdebat mengenai Juvana.. bukannya "menggunakan telipon bimbit lebih baik dari Ipad" ataupun " kebersihan bermula dari rumah,bukannya sekolah"

Jangan marah arrr

Comments

CikRangers (CR) said…
hahaha..sama la khalis..mmg tang part2 tu je mcm x logik skit
lagi 1,bila daim melutut kt botak time botak kena tangkap.dah la perut dia kena robek.leh lak dia melutut kan?hahahahaa
itulah kelemahan drama2 melayu, selalu ending kantoi....
maybe masa wat script citer die patut panjang lg, then bila dah dpt slot kat stesen tv slot tu pendek sgt so kene rombak balik, tu yg kantoi di hujung jln kot..... my 2 kupang
Shiqa Nawar said…
walauapapun komen khalis, shiqa tetap suka cerita ni.hehehe memang ah ending ada kureng kalau nk kaji satu2.

makcik kantin x perasan apa2 sebab keadaan sunyi jerk.. x bising2 so dia ingat x de apa2 kot.haha dia kuar pun sebab dngr bunyi sire polis.

daim kena tikam, mest ada ketar2 ke.wakakakak dia kena tikam tuh, mgkin pngarah nk bagi elemen sedih n bg kesan kat hati kawn2 dia kot..

pak guard yg tutup gate tu x join pakatan warden. dia jaga pintu je.kihkih

haiiii rajin aku balas ketiga2 komen khaliss sebab saya minat jugakk kat Juvana.

http://kauakuduniaku.blogspot.com/2011/07/juvana-aku-tidak-akan-terperangkap.html
lisa lis said…
huhuhuhuhu..rumah xda tv...xley nak layan citer nih..sadis2x...
Areen said…
mmg ending longgar haishhhh potong!! tp takpe kita tunggu juvana 2 bak kata 'daim' dlm fesbuknya ^_^
arituarini said…
semua kena tikam lepas dan sihat..siap bleh wat repot polis lg.. daim lg kuat..trus ilang sakitnye kena tikam..kih kih kih..
shams said…
salam cik khalis....
jenguk kembali setelah menyepi...
hmm
tetang juvana tu..
memang ade benarnya...
realiti nya tak sejajar dengn hakikat yang berlaku..kita leh tgk dak2 sekolah nakal susah nak berjayas dalam kerjaya,tPI IA DIGAMbarkan sebaliknya..
mungkin ade la sebab pengarah tersednri...
pape pun cite ni best n ade moralnya walupun masih banyak kelemahan yang perlu kepada improvement..tahniah JUVANA....
sekadar pendapat sja..
Nabiha Zaidi said…
juvana cerite yang logik . bukan cerita pasai karporat yang bikin penonton hdup mlarat .
yayath said…
heeee...cam pk mende yg same je dgn en.khalis..hehe..such a good story:)
cik sakdi said…
khalis, benda xlogik, memule si pakguard tu gune walkie talkie, then report gune hp lak, xkan cikgu2 lain xade hp kot. n last2 si daim tu leh lak jalan sorang2 tengok tape tu kne bakar. haha tp syiok loa cter ni. hehe
Anonymous said…
adeh..x folo la cte ni..
Puan Kutu said…
setuju sgtlah...tp nama pun cerita,mesti la byk yg tak masuk dek akal..apa pun entri nie bagus!hehe..

Popular Posts