Fakta Menarik : 5 Perkhidmatan luar biasa yang ditawarkan

Jom tengok 5 perkhidmatan luar biasa yang ditawarkan oleh syarikat atau orang perkhidmatan yang mana ianya mendapat sambutan pelanggan kerana perkhidmatan ini jarang ditawarkan.


Pertama : Melukis gambar si mati menggunakan abu mayat.
Kebiasaannya si mati yang dibakar abunya akan disimpan di dalam balang atau ditaburkan. Tapi ada satu perkhidmatan yang mana menawarkan abu itu digunakan sebagai bahan lukisan untuk memastikan kenangan akan berkekalan selamanya.


Kedua: Perkhidmatan membersihkan kawasan jenayah.
Khalis baru tahu ada pekerjaan ini setelah menonton House MD. Dan ternyata memang syarikat yang mengambil tender dengan polis atau jabatan penguatkuasaan untuk membersihkan kawasan jenayah selepas kes ditutup.


Ketiga: Perkhidmatan membekalkan makanan kepada penjenayah yang dihukum mati
Seperti sedia maklum, mereka yang dijatuhkan hukuman mati akan diberi peluang untuk memilih makanan yang mereka mahukan dalam kos yang tertentu. Kerana tempahan ini adalah secara rahsia memastikan tidak ada masalah semasa penghantaran, perkhidmatan ini diwujudkan bagi memastikan penjenayah tidak akan lambat memperoleh makanannya.


Perkhidmatan keempat: Perkhidmatan menyimpan simpanan kata-kata atau wasiat sebelum mati
Ianya tidak sama dengan wasiat. Jikalau wasiat, kita hanya membicarakan pengurusan kewangan. Perkhidmatan ini membenarkan anda meninggalkan pesanan di laman web Lastmessagesclub.co.uk di mana, pesanan anda akan disimpan dan akan dihantar pada sahabat handai dan saudara mara setelah anda mati. Maknanya mereka yang hidup takkan terlepas kata kata terakhir anda


Perkhidmatan kelima: Cuci kereta dari najis burung.
bagi sesetengah bandar yang mempunyai bilangan burung yang banyak, masalah burung berak atas kereta memang menyakitkan hati. Kerana kalau tak kena gaya cat kereta akan luntur. Jadi perkhidmatan ini disediakan bagi memastikan setiap kali anda nak gunakan kereta, kereta sentiasa bersinar.hehe

Comments

Wanie Affandi said…
yang ke4 tu macam tak faham sikit...
><
cik beLLanan said…
over gile taek burung kat keta tu. haha. mmg patot ade perkhidmatan cuci cmtu. ;p
cacah said…
i pun tak faham perkhidmatan keempat tu... kena google ni...
Ms.ze said…
tak tahu pun ade perkhidmatan macam ni..

Popular Posts