Kesiannya.. peguam Malaysia kena lari ke luar negara kerana ugutan bunuh


Dengar sendiri pengakuan dalam klip di bawah.


Keliru dan penuh sensasi bunyi rayuan yang dibuat. Macam plot filem Tamil pun ada jugak.
Ingatkan apa kes, rupanya individu ini yang juga seorang peguam dikehendaki polis dan dia dipercayai lari dari undang-undang.

Dalam klip yang dimuatnaik Sabtu lalu, Kamal mendakwa ada pembunuh upahan telah dihantar ke luar negara untuk membunuhnya.

Kamal mendakwa, dia menjadi mangsa kemarahan seorang kerabat diRaja (dipercayai dari Johor) kerana enggan menurut perintah pembesar tersebut untuk mengubah wasiat yang ditinggalkan ayahnya.
Akibatnya dia mendakwa, dia diperangkap kerabat berkenaan melakukan pecah amanah.
Berikut laporan berita melibatkan individu yang dimaksudkan itu.

Polis bekerjasama dengan Interpol kesan Kamal Hisham bantu siasatan pecah amanah.

JOHOR BAHRU 30 Jan. – Polis negeri ini akan bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) untuk mengesan seorang peguam yang dikehendaki bagi membantu siasatan satu kes jenayah pecah amanah melibatkan kerugian RM660,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Asisten Komisioner Rosman Omar berkata, lelaki itu, Kamal Hisham Jaffar, 42, dipercayai masih berada di Malaysia.

“Jika dia berada di luar negara, kita akan bekerjasama dengan Interpol kerana kenyataannya amat penting bagi kes tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Difahamkan, Kamal Hisham kini berada di Dubai berikutan tersiarnya satu iklan di beberapa akhbar tempatan baru-baru ini menunjukkan beliau menerima satu anugerah di sana.

Dalam iklan itu, beliau dilihat menerima anugerah The Emerging Legal Consultant In The UAE Award-2011 di Anugerah Perniagaan Malaysia Kedua di Dubai pada 18 Disember 2011 bagi pihak Kamal Hisham & Associates.

Namun, Utusan Malaysia dimaklumkan mengikut rekod Jabatan Imigresen, lelaki berkenaan tidak pernah keluar negara dan masih berada di negara ini.

Mengulas lanjut, Rosman berkata, peguam terbabit memiliki kad pengenalan bernombor 700301-01-5853 dan alamat terakhir di No. 6, Lorong Mutiara, Kampung Melayu Majidee di sini.
Beliau berkata, kenyataan daripada Kamal Hisham amat diperlukan dan penting bagi menyelesaikan kes yang disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

“Saya menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai peguam berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Azlan Ahmad di talian 07-3354177 atau 019-4101222,” katanya.

Apa yang menarik, di kala peguam ini membuat rayuan, ada pembaca yang memberikan komen berikut di Youtube;

La.. Baru aje minggu lepas, keluar gambar dia dlm FB tunjuk dia menyengih2 bergambar dgn Pak Lah kat Dubai. Kononnya tengah negotiate ig business kat sana. Semua kengkawan dia ucap tahniah dlm FB. Buka lah FB dia. Ada masalah, selesai lah dgn Polis. Serah diri abis cerita.

Comments

Anonymous said…
Tak payah percaya, hanya orang2 yg dekat dengan istana saja yg tahu cerita ini. Tak perlulah memburukkan istana dan percaya dengan peguam yang licik ini. Duit tuanku yang dikebas oleh si kaki tipu ini adalah melebihi daripada apa yang di dakwa. Peguam licik ini telah bertahun2 diberi kepercayaan oleh pihak istana untuk mengendalikan acara tahunan negeri johor iaitu Kembara Mahkota Johor. Tapi inilah balasan peguam yang tidak sedar diri ini. Duit yang peguam ni kebas boleh menyara 7 generasi keturunannya.

Popular Posts