Bela Padilla mohon maaf kepada pembaca


3 Mar – Aktres Filipina, Bela Padilla memohon maaf kerana bergaya dalam kulit majalah prebiu FHM keluaran Mac 2012, yang dianggap berbaur perkauman oleh sesetengah pembaca.

Dalam majalah untuk lelaki itu menunjukkan, Padilla yang memakai bikini berwarna merah dikelilingi beberapa model kulit gelap dengan kapsyen "melangkah keluar dari bayang-bayang". Perkataan tersebut dikatakan telah menyinggung beberapa pembaca di Filipina.

Menurut laporan itn.co.uk, bintang siri televisyen "Star Magic Presents", turut menjelaskan bahawa dia tidak sedar akan dua maksud kapsyen yang ada pada kulit depan majalah itu.

"Apabila saya lihat gambar itu, saya tidak nampak ia seperti menyinggung perasaan kerana ia cuma seperti sekumpulan perempuan mengambil gambar. Itu sahaja, tiada maksud lain.
"Kami tidak nampak ia seperti ada motif disebalik itu,"jelasnya.

Aktres berusia 20 tahun itu turut memohon maaf jika dia telah menyinggung perasaan sesetengah pihak.

Tambahnya lagi, jika keadaan seperti itu berlaku terhadap dirinya, dia juga mahu orang berkenaan memohon maaf kepadanya.Itulah yang dilakukannya sekarang dengan meminta maaf kepada pembaca di Filipina jika ada yang terasa dengan kapsyen tersebut.

Selepas kontroversi yang melanda, majalah FHM Filipina telah menukar kulit depan majalah tersebut kepada gambar Padilla seorang sahaja dan tanpa kapsyen itu.

Comments

Popular Posts