Pages

Support Penaja

Saturday, March 10, 2012

Aduhai..kerana 4 sen tertunggak..kereta akan ditarik

Posted by mykhalis On 8:19 PM 0 comments

TIADA apa yang dapat dibeli dengan duit 4 sen di Singapura.

Tetapi, 4 sen itu amat berharga kepada pemilik kereta Honda Stream yang
ingin dikenali sebagai Zainal.

Ini kerana gara-gara tunggakan ansuran hanya empat sen yang disahkan
pihak bank berpunca daripada kesilapan teknikal, beliau dicerut
kebimbangan kehilangan keretanya bernilai $60,000 di pasaran.

Kesemuanya bermula selepas bank yang memberi pinjaman keretanya itu,
Standard Chartered, menghantar surat amaran tarik keretanya jika beliau
gagal melunaskan tunggakan 4 sen itu.

Surat bertarikh 2 Mac lalu itu memberi  Zainal, 50-an tahun, seorang
pekerja penerbitan, tempoh selama 14 hari untuk berbuat demikian.

Ansuran bulanannya ialah $916.04 dan perlu dibayar pada hari pertama
setiap bulan.

*‘Bagi bulan ini, saya tekan butang mesin AXS bagi bayaran $916. Saya
ingat baki empat sen dikumpul dan dibayar lain kali.*

*‘Tetapi, sehari selepas itu saya terkejut apabila menerima notis
mendesak saya membayar 4 sen dalam masa 14 hari atau kereta saya dirampas.*

*‘Peraturan apa ini? Kalau saya tak bayar ansuran bulanan selama dua
atau tiga bulan mungkin munasabah tetapi ini hanya 4 sen!’ gelak beliau.*

Menurut Zainal, inilah kali pertama beliau menerima surat amaran
sedemikian sejak sudah 30 tahun memandu dan menukar banyak kereta.

‘Biasanya pihak bank atau firma kredit akan menelefon atau menghantar
surat peringatan jika saya bayar lambat. Mereka tidak terus hantar surat
amaran mahu tarik kereta seperti Standard Chartered!’ tegas beliau.

Diminta mengulas, Haji Ismail Yusof, 46 tahun, yang lebih dikenali
sebagai Dr Kereta, menyifatkan tindakan bank berkenaan bukan saja ‘tidak
munasabah’, malah ‘tidak masuk akal’.

‘Pihak bank atau firma kredit biasanya kirim surat peringatan dan akan
hanya menghantar notis merampas kereta sebagai langkah terakhir selepas
dua atau tiga bulan tak bayar.

‘Tindakan menggertak pelanggan secara ini memang tak perlu dan tidak
wajar,’ tambahnya.

*Ketika diminta penjelasan mengenai isu tersebut, seorang jurucakap
Standard Chartered, dalam e-mel balasnya semalam, berkata:*

*‘Apa yang boleh kami katakan ialah ia disebabkan kesilapan teknikal dan
kami ingin memohon maaf di atas kesukaran yang timbul.*

*‘Seperti kebiasaannya, kami bekerja rapat dengan pelanggan kami bagi
menyelesaikan sebarang isu dan keperihatinan dan kami telah pun
menjelaskan perkara berkenaan kepada pelanggan berkenaan.’*

Zainal mengesahkan pihak bank telah menghubunginya pagi semalam dan
memaklumkan duduk perkara sebenar.

‘Saya terima penjelasan dan dah maafkan mereka,’ tambahnya

sumber

0 comments:

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...