Hina sungguh..guru pasang kamera tersembunyi di tandas pelajar perempuan
Yan Wen Xia, 37, seorang guru lelaki yang mengajar di
Sekolah Menengah Hua Yu di Jurong West didapati bersalah kerana memasang
kamera tertutup di dalam tandas perempuan di sekolah terbabit.
Dalam laporan Daily Chilli, Wen Xia yang memasang kamera itu didapati
bersalah kerana menyelinap masuk ke tandas perempuan pada 26 Januari dan
15 Februari lalu di tingkat empat sekolah itu.
Namun, kegiatan ‘gelap’ guru itu terbongkar apabila seorang pelajar
perempuan ternampak kamera yang disembunyikan dalam sebuah tandas dan
terus melaporkan kepada pihak atasan sekolah.
Selain penemuan satu kamera, seorang kakitangan sekolah itu turut
menemui dua lagi kamera rahsia yang disembunyikan selepas pemeriksaan
dilakukan.
Hasil pemeriksaan lanjut oleh kakitangan yang melakukan pemeriksaan
tersebut membolehkan mereka menangkap Wen Xia sebagai dalang kepada
pemasangan kamera rahsia itu.
Wen Xia turut didapati bersalah dengan dakwaan mencuri tiga kad memori
kamera sejak menjalankan tugas sebagai pengurus operasi di sekolah itu
pada awal tahun lalu.
Mahkamah telah menjatuhkan empat tuduhan terhadap Wen Xia iaitu tiga
pertuduhan menceroboh masuk ke dalam tandas perempuan dengan niat untuk
membuat serangan seksual serta satu tuduhan mencuri.
Wen Xia boleh dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun, denda
sebanyak RM3,596 atau kedua-duanya sekali untuk setiap pertuduhan
sekiranya dia didapati bersalah.
Sejak penahanan untuk penyiasatan lanjut kes itu, Wen Xia telah ditahan
di Institute of Mental Health (IMS) selama dua minggu untuk dilakukan
ujian mental ke atas dirinya.

Comments