Berbogel kerana protes kerakyatan dilucutkan

hiasan

Sekumpulan wanita warga Iran yang telah dilucutkan kewarganegaraan
bertindak merakamkan gambar mereka dalam keadaan berbogel sepenuhnya
bagi menunjukkan tanda protes terhadap penindasan seksual terhadap
wanita yang kononnya diamalkan di negara asal mereka.


Wanita-wanita itu yang kini hidup dalam buangan di negara-negara Eropah
memilih untuk berbogel dihadapan kamera dan menyampaikan laungan
slogan-slogan kebebasan seksual yang mereka perjuangkan.

Antara slogan yang disampaikan oleh kumpulan wanita Iran itu ialah ‘Kami
percaya kepada kesaksamaan antara lelaki dan wanita’ dan ‘Fikiran saya,
tubuh saya, pilihan saya’.

Selain itu, mereka juga berpakat untuk menghasilkan sebuah video bagi
meningkatkan jualan kalendar Revolusi Foto Bogel sempena Hari Wanita
Antarabangsa dan didedikasikan khas untuk seorang gadis Mesir, Aliaa
Magda Elmahdy, yang memuatkan gambar bogel dirinya menerusi blog sebelum
ini.

Menurut kumpulan itu lagi, video dan kalender itu juga dihasilkan untuk
memberi sokongan kepada Golshifteh Farahani yang merupakan seorang
pelakon Iran yang telah dihalau dari negara Islam itu kerana berbogel di
dalam satu majalah Perancis.

Golshifteh, 28, yang pernah membintangi filem bersama pelakon Hollywood
terkenal, Leonardo DiCaprio dan Russell Crowe itu dihubungi oleh pihak
berkuasa Iran agar tidak pulang ke negara asalnya selepas gambar
bogelnya tersebar di dalam majalah Madame Le Figaro.

Gambar tersebut yang mencetus kemarahan umat Islam di Iran menyaksikan
Golshifteh beraksi bogel berlatar belakangkan dinding berwarna gelap
sambil tangannya menutup buah dadanya yang terdedah.

Comments

Popular Posts