Lelaki gemuk mereayu di youtube bantuan kurus badan menjadi terkenal

LIVERMORE, Amerika Syarikat (AS) – Seorang pemuda obes, Robert Gibbs
menyentuh perasaan orang ramai apabila dia menitiskan air mata dalam
satu rakaman video.

Dia menitiskan air mata bagi meminta bantuan untuk menguruskan badan.

Rakaman video selama tiga minit itu disiarkan di laman /YouTube/ pada
minggu lalu.

Pihak penerbit program bual bicara popular AS, Dr. Phil Show kemudian
bersetuju melawat Gibbs di kediamannya di sini selepas rakaman video
tersebut disiarkan.

Gibbs, 23, pernah menyebut mengenai program bual bicara itu dalam
rakaman videonya yang telah ditonton lebih sejuta kali.

Setakat ini, dia mendapat lebih 48 maklum balas daripada penonton.

Sebahagian daripada penonton itu menawarkan pelbagai panduan diet selain
memberi galakan kepadanya.

Pada hari ini, seorang kru program televisyen berkenaan dijadualkan
berkunjung ke kediaman Gibbs untuk membuat liputan.

Dalam video /YouTube/ yang dirakamkan sehari sebelum dia menyambut hari
lahirnya pada Jumaat lalu, Gibbs tidak mendedahkan secara terperinci
bentuk bantuan yang diperlukannya.

Dia berharap dapat menemui seseorang yang berpengetahuan luas tentang
kaedah untuk menurunkan berat badannya.

“Saya membuat rakaman ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Saya tidak peduli lagi tentang ejekan orang lain,” kata Gibbs dalam
rakaman itu.

“Inilah peluang terakhir saya untuk menurunkan berat badan,” tambahnya.

Pemuda berkenaan menganggarkan dia memiliki berat badan di antara 272
kilogram (kg) dan 317kg. – AP

Comments

Anonymous said…
1st...
catwar
ct said…
comell.tp ceann..

Popular Posts