Bakar kemaluan lelaki menjadikan wanita ini hero
MALIA – Seorang wanita Greece, Marina Fanouraki dipuji sebagai wirawati
kerana membakar kemaluan seorang pelancong lelaki Britain, lapor sebuah
akhbar semalam.
Mendakwa berbuat demikian bagi mempertahankan dirinya, Fanouraki, 26,
kemudian menyerah diri kepada polis berhubung insiden itu yang berlaku
di Bar Electra di Pulau Crete.
Fanouraki dihadapkan ke sebuah mahkamah majistret semalam bagi
menentukan sama ada dia akan dibicara kerana mendatangkan kecederaan dan
merosakkan harta persendirian.
Menurut beberapa laporan, hampir seluruh badan termasuk kemaluan mangsa
yang berusia 20 tahun, Stuart Feltham (gambar kecil) melecur teruk
selepas Fanouraki mencurahkan arak ke badan mangsa dan memulakan
kebakaran dengan pemetik api.
Gadis berkenaan mendakwa dia berbuat demikian selepas berulang kali
merayu supaya Feltham berhenti mengganggunya tetapi tidak diendahkan
oleh pemuda tersebut.
Mangsa kini dirawat di sebuah klinik di bandar Heraklion susulan insiden
itu yang berlaku pada Rabu lepas itu. – Agensi

Comments