Pelajar menjual dara dengan harga RM200ribu


AMSTERDAM, Belanda - Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang
hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000
euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet, lapor sebuah akhbar
semalam.

Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada
seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga
tersebut.

Dia melelong daranya di laman gadis teman sosial, Yantra yang beribu
pejabat di sini.

Gadis itu tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan
mengetahui lelongan tersebut.

Pembeli itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah
restoran yang menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen
pengesahan dara daripada doktor.

Namun, syarat melakukan hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki
tersebut perlu memakai kondom.

Pembeli itu juga dibenarkan memiliki laman gadis teman sosial tersebut
hanya bagi tempoh 24 jam.

Comments

Popular Posts