Pages

Support Penaja

Friday, March 9, 2012

Naya : 8 tentera wanita menjadi hamba seks

Posted by mykhalis On 3:10 PM 1 comments

Lapan tentera wanita Amerika Syarikat (AS) termasuk yang sedang bertugas
dan sudah bersara membuat pertuduhan di Mahkamah Persekutuan bahawa
mereka dirogol, diserang atau diganggu sepanjang perkhidmatan mereka dan
menderita selepas melapor diri kepada pegawai masing-masing.

Tuntutan mahkamah itu, difailkan hari ini di Mahkamah Daerah di
Washington, mendakwa anggota tentera terdedah menjadi pemangsa seks di
kalangan sesama mereka dan mengamalkan persekitaran bermusuhan yang
tidak menggalakkan mangsa serangan seksual untuk tampil ke depan.

Pertuduhan itu mendakwa Jabatan Pertahanan gagal mengambil langkah
agresif bagi mengekang masalah berkenaan walaupun maklumat awam
menyatakan sebaliknya.

Lapan wanita berkenaan termasuk seorang tentera marin dan tujuh yang
lain berkhidmat dalam Tentera Laut dan Kor Marin.

Tujuh wanita itu mendakwa dirogol rakan sejawatan atau cuba menyerang
secara seksual, termasuk di pejabat seorang pegawai pemerintah selepas
ke pub di Washington dan di dalam berek Stesen Udara tentera Laut di
Florida.

Mangsa kelapan berkata, dia diganggu dan diancam ketika dihantar
bertugas di Iraq, dan diberitahu pihak atasan bahawa perkara berkenaan
berlaku sepanjang masa.

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...