Perempuan ini kahwin dengan dirinya sendiri kerana bimbang kesunyian

TAIPEI – Seorang pekerja pejabat berusia 30 tahun, Chen Wei-yi berkahwin
dengan dirinya sendiri pada satu majlis di sebuah hotel di sini kelmarin
yang dihadiri 30 saudara dan rakannya.


“Berkahwin dengan diri saya adalah satu cara untuk menunjukkan bahawa
saya berasa yakin dan ceria serta saya menerima siapa diri saya yang
sebenarnya,” kata Wei-yi.

“Saya mesti menyintai diri saya sebelum saya menyintai orang lain. Saya
mesti berkahwin dengan diri saya sebelum berkahwin dengan seseorang yang
istimewa,” tambahnya.


Pihak berkuasa Taiwan menyatakan ramai wanita kini memilih untuk
berkahwin pada usia tua atau terus membujang.

Sikap wanita itu menjadi punca utama kadar kelahiran bayi di Taiwan
sebagai antara yang terendah di dunia. – AFP

Comments

Anonymous said…
ni lagi satu penyakit mental...
dia dah metal, sanak sdara dia yang hadir pun mental

catwar
Anonymous said…
terkontuid ™
Anonymous said…
Betul2..x merasa batang la dia ni nanti...

Popular Posts