Presiden Israel bertemu dengan Mark Zuckerberb pengasas facebook

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) – Presiden Israel, Shimon Peres
melawat ibu pejabat Facebook di Menlo Park, California Utara kelmarin.

Perez turut memuji laman jaringan sosial berkenaan sebagai mekanisme
alternatif untuk orang ramai selepas beberapa usaha damai Asia Barat
sebelum ini menemui kegagalan.

Pemimpin berusia 88 tahun itu bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Facebook,
Mark Zuckerberg dan melancarkan halaman peribadinya di laman web berkenaan.

Ia bertujuan untuk mewujudkan dialog dengan penduduk Arab di
negara-negara yang tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Israel.

Dalam temu bual bersama Ketua Pegawai Operasi Facebook, Sheryl Sandberg
yang disiarkan secara langsung di laman web firma berkenaan, Peres
berulang kali memuji Facebook sebagai alat ke arah perubahan positif
dengan membolehkan penduduk di negara-negara berbeza saling berkomunikasi.

“Soal keamanan bukan lagi urusan pemerintah tetapi ia kini urusan
rakyat,” kata Peres.

Menjawab soalan Sandberg mengenai program nuklear Iran, Peres berkata,
beliau tidak bermusuh dengan rakyat Iran.

Namun, pada masa yang sama Peres mengecam pentadbiran Iran kerana
merancang membina senjata nuklear.

Presiden AS, Barack Obama menjadi ketua negara pertama yang melawat ibu
pejabat Facebook apabila beliau mengadakan pertemuan dengan Zuckerberg
pada tahun lalu. – AP

Comments

Popular Posts