Pages

Support Penaja

Wednesday, March 7, 2012

Hang Tuah wujud : Pakar sejarah

Posted by mykhalis On 9:23 AM 0 comments

Satu patah perkataanpun tak keluar dari mulut hero Melayu Perkasa waktu Khoo Kay Kim cakap melayu hanyalah mitos.. padahal Hang Tuah ikon orang Melayu..senyap je.. cuba bayangkan kalau Nik Aziz ke yang cakap.Anwar ..hatta kalau yang bercakap tu seorang pencuci tandas di Headquaters PR..mesti akan heboh dalam tv pengkhianat Melayu.. kalau Lim Kit Siang cakap? Karpal Singh cakap?nescaya semua pedang dihunuskan di kaca tv..sambil mencium keris mereka akan menjerit.."Pantang berundur sebelum mati!!"

PERKASA...CEHHH



Naib Pengerusi DBP, Prof. Datuk Dr. Md. Salleh Yaapar (tengah) mempengerusikan forum Hang Tuah Wira Bangsa di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Penyelidik sejarah menyangkal dakwaan mengatakan kewujudan Hang Tuah hanya sebagai mitos kerana pahlawan Melaka itu ada disebut di dalam 52 naskhah buku Melayu lama.
Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka, Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd. Yusoff Hasim berkata, walaupun dokumen itu hanya kajian secara lisan tetapi ia merupakan sumber yang boleh diterima.
“Hang Tuah bukan satu mitos sedangkan kubur serta banyak lagi penulisan sejarah menceritakan tentang ketokohannya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
“Sejarahnya bukan disebut dalam buku sejarah di negara ini sahaja malah Hang Tuah juga wujud di beberapa tempat seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan China,” katanya pada forum Hang Tuah Wira Bangsa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini semalam.

0 comments:

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...