Iklan Ramadhan 8TV bersifat perkauman?
Khalis bukanlah penonton 8tv. Tapi Khalis tahu bahawa sasaran utama adalah kepada orang cina.
Konsep iklan simple sahaja.. tapi cara penyampaiannya sangat tak senonoh. Sebagai negara berbilang kaum, sudah jadi kebiasaan ada rasa curiga dan iri hati. Tapi bagaimana kalau media massa menyebarkan fahaman tertentu ataupun melabelkan kaum tertentu sebagai berperangai camtu, kaum ini berperangai camni?
Cuba tengok iklan ni. Patutkah si pelakon yang berbangsa cina dikehendaki berlakon sebagai seorang amoi yang sangat kay poh? Cuba bayangkan kalau iklan raya cina menggunakan pelakon melayu yang digambarkan sebagai pemalas.. apa perasaan anda?
Iklan ini mendapat kritikan yang hebat di facebook malah di youtube.. apa kata anda? adakah tiada cara lain nak menyampaikan maklumat selain dari cara menyindir?Khalis takut kalau ada pelanggan Khalis berbangsa Cina yang terasa dengan iklan ni dan merasakan diri mereka sememangnya dilabelkan sebagai berperangai jelik. Sedangkan kita tahu.. perangai buruk ni sesiapa sahaja boleh ada.. ianya bersifat individu dan bukannya perkauman..
Semoga 8TV menarik balik iklan.. Itu sahaja yang di harapkan.
Comments
mesej tu memang ada tapi cara penyampaian tu cam x kena...
p/s:hebak pokcik dah guna innity
iklan tu ada mesej yg nak disampaikan..cuma xkena caranya