Ibu model kanak -kanak di selar


Masihkah ingat Khalis pernah post satu entry bertajuk mempergunakan model kanak kanak? Kini, isu ini kembali hangat setelah ibu kepada model kanak -kanak itu, Veronika Loubry, 43 telah menutup laman fan page facebook anaknya kerana tidak tahan dikritik.



Model kecil itu, Thylane Lena-Rose Blondeau ,10 sendiri dikatakan mengalami kemurungan dan tekanan. Apa yang disifatkan oleh ibunya yang merupakan seorang model/pelakon dari perancis perbuatan yang tidak open minded.




Khalis faham ibu dan ayah yang nak anaknya berjaya. Pernah satu masa dulu dalam website beautifulnara, ada seorang ayah yang meminta Nara mempromosikan anak perempuannya yang berusia 4 tahun supaya diterima berlakon. Maka berpossingla si anak kecil itu dalam pelbagai gaya untuk menarik minat pengarah/penerbit. Dalam satu keadaan berbeza, di Malaysia, kita akan berjumpa seorang anak perempuan yang berusia 3 tahun sudah hafiz Al-Quran dan dalam satu majlis, dia menegur ustaz Zamri (mari mengaji) mengenai bacaannya.


Jadi inilah yang berlaku. Ibubapa mana anaknya tidak berjaya. Malah Khalis sendiri hari2 tengok perangai Sayf, kalau tangannya aktif, Khalis nak jadikan dia penggusti, kalau mata dia asyik tengok syiling nak jadi arkitek,kalau kaki kuat menendang? jadi pemain Manchester United.. kalau membebel tak henti-henti jadi PM..tapi kalau kita tengok filem 3 Idiots.. kita mesti bagi peluang pada anak kita membina kemajuan diri berdasarkan apa yang mereka minat. Bukan apa kita minat.





Comments

puteri ain said…
yup . let them choose what they want to be. :D
Ceiler Mun said…
setuju dengan khalis.. :)
Wanie Affandi said…
betul2...suke ayat khalis yg last.."kita mesti bagi peluang pada anak kita membina kemajuan diri berdasarkan apa yang mereka minat. Bukan apa kita minat."
Ibnushukran said…
sayf tu rasanya nk jadi blogger tu, mcam ayah dia.. haha.. cmne en.khlis..
cik sakdi said…
minat2 jugak, tapi kdg2 apa yg kite minat xmenjadi plak, aiseh
Rara said…
DOUBLE2! LOIKE ^_^
lisa lis said…
adoyai..xley nak kata tak..sbb btui tu khalis..~
kiTA seMUA samA said…
ahha,,,dari kcik da bimbing ke arah 2 kn,,:)sian budak,,

Popular Posts