Cerita Malam jumaat

Rocket ini hanya hiasan cerita

Maafla lambat post untuk hari Jumaat.. tapi sebabkan Khalis bujang malam tadi disebabkan isteri dan baby kat kampung, Khalis pergi la lepak kedai makan.. Awal lagi masa tu.. dalam pukul 9.30mlm.

Nak jadikan cerita, kat meja sebelah Khalis ada seorang makcik, seorang kakak yang memikul baby..sebabkan ada baby, Khalis tengokla baby..sebab rindu anak la katakan.. karang kata tengok kakak sebab rindu isteri nanti ada yang balik ni kena cubit..hehe

Baru je diorang duduk Khalis dengarla...makcik tu tegur kakak tu.. Khalis namakan makcik tu Minah dan akak tu Eton ek.. Bukan nak curi2 dengar..tapi sebab takde sape nak berbual pasang jerla telinga..wahahha

Makcik Minah : Eton.. laki ko tak marah ke keluar malam Jumaat ni.. takde malam lain dah nak ajak mak keluar?

Kak Eton  : E'ehh.. malam Jumaat ke malam ni mak? semalam Mat Roket( Khalis rasa ini nama laki dia) cakap malam semalam malam Jumaat..hehe..dia tipu saya mak..

Makcik Minah: Dia tipu apa?

kak Eton: Pahala malam Jumaat.. patutla malam ni dia pesan jangan balik lambat sangat.. dia mengantuk..pelik gak saya..biasanya takde pulak dia pesan..

Makcik Minah: Pandai Mat Roket kenakan ko ek..ke ko memang tunggu malam Jumaat?? hahahaha

Khalis dah tak tergamak nak sambung dengar perbualan mesra ibu dan anak itu..terbayang-bayang wajah isteri lepas tu.. apa la nasib.. k. lah.. Khalis nak cari bahan entry post untuk hari ni.. selamat berjumaat..hehe

Comments

Cik TeN10 said…
ahaa.. roket tu hiasan semata-mata ekk.. kih3
CikRangers (CR) said…
errr..alamak..terbace entry org da kawen la..hiihhi
Anonymous said…
biasa lah org kawen.. huhu
Ibnushukran said…
hhaa.. perbuakan hangat anak beranak tu..
Anonymous said…
ngeh ngeh ngeh.....
cik sakdi said…
sambunglah perbualan tu pleaseee... haha

Popular Posts