Pages

Support Penaja

Friday, February 3, 2012

Os (Osbon) kembali membawa teksi..kali ini di Istana Budaya

Posted by mykhalis On 11:03 AM 0 comments


KUALA LUMPUR – Pelawak Os daripada kumpulan Osbon akan membuat gimik tersendiri dalam persembahan Lawak Ke, Der? dengan membawa teksi miliknya sendiri di atas Panggung Sari, Istana Budaya (IB) di sini yang akan bermula pukul 8.30 malam ini.
Menurut Abon yang juga salah seorang anggota Osbon, gimik itu adalah salah satu cara mereka bagi menarik perhatian para penonton menyaksikan persembahan lawak jenaka ala-ala stand-up comedy pertama yang diadakan di panggung tersebut.
“Kami akan mengadakan persembahan sekitar 30 minit dengan melakonkan pelbagai sketsa termasuklah menggunakan prob teksi milik Os di atas pentas Panggung Sari. Antara sketsa yang kami persembahkan ialah pengalaman Os sebagai pemandu teski selama hampir enam tahun.
“Turut diceritakan ialah kisah-kisah lucu membabitkan para penumpang yang pernah menaiki teksi Os,” katanya sewaktu ditemui sewaktu pelancaran Lawak Ke, Der? di IB di mana tiket menyaksikan persembahan itu antara RM53 hingga RM353.
Selain Osbon, persembahan anjuran IB itu turut menampilkan tujuh lagi pelawak iaitu kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Jozan (Johan, Zizan Raja Lawak), Nabil Raja Lawak serta Harith Iskander.

0 comments:

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...