Asal usul mengapa Siti Nurhaliza tidak bergambar dengan lelaki

Kami rasa tentu semua dah tahu terutama sekali peminat-peminat tegar Datuk Siti Nurhaliza mengenai pendiriannya yang enggan bergambar dengan mana-mana artis lelaki untuk tujuan photoshoot (majalah atau suratkhabar).


Rasanya ramai yang belum tahu bagaimana bermulanya pendirian Datuk Siti ini. Mungkin bukan insiden ini yang menjadi punca utama tapi sedikit sebanyak adalah kaitannya. Insiden ini diimbas semula oleh vokalis kumpulan Umbrella, iaitu Zarul yang popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka melalui laman blognya.
Teruskan membaca;

Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu cerita disebalik sesi fotografi ini.”4 jam Membisu”..(memang benar statement tu)Terlebih dahulu post ni bukanlah untuk menyinggung mana mana pihak cuma berkongsi pengalaman sajer
Sesi foto ini adalah untuk majalah URTV bersama wartawan Joha Ahmad,pada awalnya sessi ni adalah untuk cover URTV telah dijalankan di Sungai Congkak kalau saya tak silap la..

Juru make-up pula dibuat oleh juru make-up tersohor  Zul Fadli. Saya sampai pagi ditemani oleh PR saya manakalah Datuk Siti Nurhaliza ditemani oleh Ayie-abangnya,sampai sajer kami di lokasi kami terus mendaki anak tangga yang agak tinggi juga untuk ke lokasi penggambaran yang dikelolakan oleh jurugambar Jefri Iran


         Apabila sampai jer Zul Fadli make-up kan saya dan Datuk Siti, dan setelah habis make-up Zulfadli  
         memberi beberapa pasang baju untuk saya dan Datuk Siti..Baju baju yang diberikan kepada Datuk
         kebanyakkannya mendedahkan bahagian betis beliau dan juga kelihatan agak jarang,beberapa helai
         baju telah direject oleh beliau dan ini menimbulkan sedikit ketidakpuashatian kepada Zulfadli dan
         Joha,kerana hampir kesemua baju telah direject dan ini mungkin membantutkan sessi foto untuk cover.
Manakala Datuk Siti pun saya tengok macam nak menangis dek kerana baju2 yang tidak sesuai dari pandangan beliau.Mengikut Zulfadli baju2 tu agak senteng(nampak betis) pasal nak sesuaikan keadaan di lokasi iaitu di kawasan air terjun.

Setelah berbincang cara baik Siti akhirnya bersetuju dengan beberapa syarat(yg saya tak pasti apa dia)dia akhirnya mengenakan 3 pasang persalinan-(dalam gambar)
Lepas tu kita pun mula la shoot..saya rasa agak kekok untuk pose kerana tak begitu mengenali Datuk pada waktu itu di tambah pula abangya Ayie ada kat depan memerhatikan kami ..fuhh memang tak selesa,saya ni pulak jenis yang susah nak bercakap ngan orang jika orang tu pun susah nak bercakap macam saya lagi lah saya tak bercakap ..last2 kami diam jer..yang sibuk memeriahkan suasana adalah si Joha dan Zulfadli yang memberi arahan pose2 yang nak dilakukan

Setelah hampir 4 jam kami pun selesai dan ternyata Joha memang tak berpuashati dengan sessi tadi,dan sebelum bersurai dia sempat berbisik pada saya kebanyakn gambar tak ‘meriah dan tak meletop’ mungkin takkan jadi cover.

Selang beberapa minggu ianya disiarkan hanya satu mukasurat jer seperti yang anda lihat tu. Selepas dari sessi foto tu kedengaran desas desus yang Datuk Siti tak akan bergambar dengan artis lelaki ,pada saya ini adalah salah satu tindakan tegas beliau dalam menetukan hala tuju kerjaya beliau dan keputusan yang diambil itu nyata memberi impak yang baik kepada kerjaya insan seni bernama Datuk Siti Nurhaliza ni.Saya respect la kat dia pasal dia berani menyuarakan pendapat mengenai pakaian yang harus dipakainya walaupun dia masih baru dalam bidang seni pada waktu itu

Jadi begitulah sedikit sebanyak coretan mengenai cerita disebalik gambar saya bersama biduanita seni tanah air Datuk Siti Nurhaliza.

Haaa… menarik kan? Kami sangat kagum dengan apa yang diputuskan oleh Siti Nurhaliza pada tahun 1996 ini. Ini gambar daripada majalah URTV tersebut.

Biarlah orang kata dia artis kampung sekalipun namun pegangan sifat “kampung”  itulah yang membawa kepada tahap yang dia berada kini. Siti Nurhaliza adalah antara artis wanita yang bersih daripada kontroversi bergambar dengan lelaki.

Jauh beza dengan segelintir artis sekarang, tak gitu?

Tentang perkembangan terbaru Zarul Umbrella pula, khabarnya dia kini aktif sebagai seorang blogger dan memasarkan e-booknya yang bertajuk Rahsia Vokal. Mesti ramai yang teringin tengok Umbrella buat comeback kan?
 

sumber

Comments

Paradise Gal said…
kan.. at least dia ttp pendirian.. bagus.
Zarul Umbrella said…
kenangan yg tak mungkin dilupakan

Popular Posts