Pages

Support Penaja

Thursday, February 2, 2012

Hadiah RM10,000 Bagi Pemberi Maklumat

Posted by mykhalis On 10:59 AM 0 comments


SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sahih berhubung pihak terlibat dalam insiden meletakkan kepala babi di depan pintu pagar sebuah masjid di Rawang awal Selasa.

Mengumumkan demikian selepas mesyuarat Exco negeri di sini hari ini, Pengerusi Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail berkata orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi pusat khidmat pelanggan di nombor 1800-888-2824.

Beliau bercakap kepada pemberita sebagai mengulas mengenai perkembangan siasatan berhubung insiden tersebut yang disifatkan oleh DAP sebagai tindakan pengecut dan provokasi yang bertujuan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama di ambang pilihan raya umum.

Sementara itu, Kerajaan Selangor mengulangi pendiriannya bahawa ia hanya akan memberikan persetujuan kepada projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 setelah penstrukturan semula industri air di negeri itu diselesaikan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr Xavier Jayakumar, berkata penstrukturan itu akan membolehkan kerajaan Selangor mengurus kadar tarif air dengan lebih rendah berbanding kenaikan sehingga 37 peratus yang dicadangkan syarikat konsesi air terlibat.
“Kerajaan berpendapat keutamaan perlu diberikan kepada penstrukturan semula industri air seperti dikehendaki dalam Akta Industri Perkhidmatan Air bertujuan meningkatkan kualiti air dan mutu perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Dr Xavier mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui semalam bahawa pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tertangguh dan mengalami kelewatan kerana kerajaan negeri Selangor masih tidak memberi kerjasama bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Dalam pada itu Dr Xavier juga berkata agak mustahil krisis bekalan air di Selangor akan berlaku pada 2014 sebab negara ini menerima kadar purata hujan sehingga 240 milimeter setahun.

Beliau berkata kerajaan negeri telah meluluskan lesen pemindahan air mentah kepada anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Konsortium Air Sendirian Berhad untuk mengendalikan operasi Loji Rawatan Air Sungai Labu yang telah siap pada Dis 2011.

“Justeru, KDEB sudah bersedia untuk mengendalikan operasi loji itu bila- bila masa dan tiada sebarang kelewatan akan berlaku,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...