Pages

Support Penaja

Sunday, January 29, 2012

Bakal suami Ana Raffali

Posted by mykhalis On 11:43 PM 0 comments

Sesuai dengan lagunya Kalau Berpacaran.. Ana telah mengumumkan bakal perkahwinan perkahwinan yang dikatakan secara mengejut.. Seperti mana Khalis copy paste 100% dari Gua.com.my


Bakal suami Ana Raffali, Aznaim Abdullah, 30, memberitahu GUA yang dia terpikat dengan penyanyi itu kerana mengganggap gadis itu seorang yang unik. Keputusan untuk berkahwin dibuat pada Disember lalu setelah masing-masing berbincang.


“Saya mengenali Ana sejak Ogos 2005 lagi. Sepupu Ana yang perkenalkan. Setelah hampir tujuh tahun mengenali hati-budi masing-masing, kami akhirnya bersetuju untuk membawa hubungan cinta ini ke alam perkahwinan. Majlis merisik telah dilakukan pada Disember lalu. Setelah berbincang, kedua-dua belah keluarga bersetuju untuk mengadakan majlis pernikahan pada Februari hadapan. Untuk mengikut adat, kami juga akan adakan majlis pertunangan pada hari yang sama,  iaitu sebelum akad nikah dilakukan,” ulas Naim.


Dalam masa yang sama, Naim juga mendedahkan bahawa dia dan Ana sudah menubuhkan sebuah syarikat pengurusan artis yang dinamakan About The Letter A Sdn Bhd. Selain menguruskan kerjaya Ana, syarikat ini juga bakal menguruskan bakat-bakat baru yang lain.
Ana dan Naim telah mengikuti kursus pra-perkahwinan pada tahun lalu.

0 comments:

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...