Manohara Berkahwin Dengan Gabenor Sulawesi Tenggara


JAKARTA: Berita mengenai hubungan Manohara Odelia Pinot dengan seorang gabenor semakin banyak diperkatakan.

Malah, gambar mereka diorangpun semakin banyak tersebar di Internet.

Sejak beberapa bulan lalu, tersebar khabar angin mengatakan Manohara sudah berkahwin secara senyap-senyap dengan seorang gabenor.

Dan kini, dengan tersebarnya gambarnya dengan seorang lelaki yang lebih tua daripadanya, dipercayai seorang gabenor, menguatkan lagi khabar angin itu.

Dalam gambar yang diberi tajuk “Gabenor Sulawesi Tenggara dengan Manohara,” wanita jelita itu memakai blaus jarang berwarna putih yang menutupi sepasang pakaian mandi hitam, dan rambutnya dibiarkan tidak diikat, di atas sebuah bot.


Seorang lelaki berkumis, yang dikatakan seorang gabenor, duduk bersantai bersama Manohara sambil memegang sebuah kamera SLR.

Comments

KhaiRin - anies said…
perghh pilih yg ada jawatan / kaya je

Popular Posts