Koleksi jam loceng yang susah untuk dimatikan

Seandainya kita beli jam loceng, kalau sekali tekan je dah boleh mati maknanya peratusan untuk kita sambung tidur balik adalah begitu tinggi.

Sebab hanya orang yang susah bangun tidur sahaja beli jam loceng.. Kalau tengok orang tua-tua punya petua, sebelum bantal, niat nak bangun pukul berapa dan tepuk bantal. Itu kalau memang kuat semangat la. Tapi kalau dah dasar pantang selimut dan bantal peluk atas badan memang tak bangunnye.

Jadi, terdapat beberapa rekaan jam loceng yang mampu membuatkan anda sakit hati. Sakit hati kerana.. kesukaran untuk memadamkannya apabila dia sudah mula berbunyi.. Jom tengok..

 Jam ini dinamakan Simon Says. Kerana anda perlu mengikut aturan warna yang telah di tentukan oleh jam. Selagi tidak mendapat kombinasi yang bertepatan!!, jam ini tidak akan berhenti berbunyi
Ini pula jam loceng Jack Bauer dalam siri 24.. Di mana anda kena meneka aturan yang telah ditetapkan sebelum ianya akan mengeluarkan bunyi lagi bingit dan memekakkan

Jam seterusnya pula ialah jam penyelesaian masalah matematik. Selagi tak dapat jawapan yang tepat selagi itu jam ini akan berbunyi

Dan jam terakhir merupakan jam paling nakal kerana ianya akan lari dari tempatnya bersembunyi supaya anda terpaksa bangun untuk mencarinya.
Dan bagi Khalis, isteri Khalislah merupakan pengejut yang paling payah nak elak. Selagi Khalis tak bangun selagi itu dia akan cubit.dia akan bebel.. dia akan letakkan Sayf atas perut..hmmm..

Comments

amna said…
kalau mcm ni la jam saya, kalau x benti berbunyi, cabut bateri terus. haha
Hafiz said…
No 2nd tu cam bom masa jer haha
cik sakdi said…
baru la bangun betul2 kalu jam macam ni. kalau x, tekan je, tdo balik. hehe
Unknown said…
kene beli stok harian ni. sbb hari2 nk kene campak jam2 ni. hahahaha
Cik TeN10 said…
stylo ahh jam yg last tuh !! pg2 dh main kejar2.. haha
mas saari said…
nak beli lah yg last tu bagi kat husband...susah sgt nak kejut bangun pagi! hehehehe
Anonymous said…
gila bengang mcm ni. haha. tp mmg berguna betul.
Ora_Adzlin said…
haha yg last skali best !
mimi sgt perlukan jam mcm niehhh . huhuhuu
missdodo said…
Trauma nak tido dpat jam camnih. sblom tdo siap clculator disisi.
athira said…
nak jam yg last tu..blh x..hehehe
Azura Mendezz said…
Jam yg last tu bole mendatangkan kemarahan!!
adehh~~ =P

Popular Posts