Astro Bangang!! Tukar channel B4U pada Bella

3 orang bangang!! Khairul Anwar Salleh (kanan) bersama pengurus saluran Astro Bella, Natasha Hashim (tengah) dan Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani.

Woii astro.. bengong ke apa aku nak layan citer latin? Aduhh.. pada yang tak tahu B4U adalah antara channel wajib pasang di malam hari.. Layan hindustan ngan orang rumah..heaven.. layan latin ngan orang rumah? Hell.. dahla suma jenis tak pakai baju dalam punya pelakon.. skirtpun leh nampak bontot..

Nak harapkan Zee?? cerita lama.. ulang banyak kali..

Nak cancel? camne dengan raja lawak? siot betolla astro ni.. dalam 1 pekej mesti ada channel taik dia bagi.. Tak boleh ke buat je channel asing2? Ini berita dari mstar

PETALING JAYA: Para penggemar rancangan telenovela di negara ini akan lebih teruja dengan pelancaran Astro Bella, sebuah saluran yang menghimpunkan pelbagai drama telenovela dari seluruh dunia.

Astro Bella (saluran 133) yang merupakan saluran terbaru dalam pakej Mustika ini akan memberi nafas baru kepada kandungan pakej yang sedia ada bagi menggantikan saluran B4U yang akan ditamatkan siarannya pada 5 Mac depan.
Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, Astro Bella bakal memberi tumpuan kepada drama telenovela dari seluruh dunia termasuk Latin, Asia dan tempatan kecuali sinetron dari Indonesia.
“Semasa pakej Mustika diperkenalkan buat pertama kalinya kepada umum pada tahun 2009, kami berazam untuk memberikan kandungan premium dan terbaik daripada program-program dari saluran-saluran yang ada.
"Untuk kekal relevan, kami sentiasa memastikan bahawa program-program yang ditawarkan terus menepati cita rasa pelanggan," katanya.

Telenovela yang sememangnya terkenal dengan pengisian melodramatik yang berunsurkan cinta, dendam, perebutan kuasa, persahabatan, serta keperibadian setiap watak yang dilakonkan bintang-bintang tersohor dan sedang meningkat naik.

Astro Bella menyasarkan golongan wanita berusia 18 tahun ke atas lebih-lebih lagi peminat yang mempunyai impian serta mengagumi kehidupan wanita Latin. Sebagai permulaan, saluran itu akan menyajikan pengisian kandungan Latin dan Asia kepada para penonton sepanjang tahun.
Penonton juga diberi jaminan bahawa semua rancangan yang disiarkan menepati garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sempena pelancaran Astro Bella pada bulan Mac ini, pelanggan juga berpeluang menonton Fish Port Princess (Tagalog), Rivals (Tagalog) , Diabla Daniela (Latin), Emparatriz (Latin), Pasion Morena (Latin), Eternamente Tuya (Latin) dan siri mini Girlfriends (Italian) serta Drowning City (Latin).

Ini aku rasa tak berbaloi-baloi bayar RM150 sebulan ni.. semakin hampehh.. 

Comments

Unknown said…
Really really disappointed by this. I subscribed Mustika because of B4U. Now i will have to terminate Mustika.
Telenovela nak disamakan ngan Bollywood?
Jangan harap...Bollywood kat ZeeTV pun seciput je....dahla selalu tayang old movies,. Paying for nothing...
mra said…
wajib fardhu ain ke kifayah?
Anonymous said…
sama la saya pun terkejut bila saluran b4u sudah tak ada , bella tu buat apa dah siri beratus2 org tak keje bole la nak mengadap citer siri . Camne nak complain yek....
Anonymous said…
Boleh ke kita complain as a pengguna..rasa mcm tertipu je..dulu janji langgan mustika dpt 3 siri citra, warna dgn b4u..so bila nk tukar b4u ni should be inform kita dulu..its prosedur la kan..ni ikut sedap hati je..kalo camtu buang semua channel yg ada kat mustika tu..letak la astro bella je..kata ikut maklum balas org ramai yg minat telenovela..bila yg depa tanya maklum balas tu..tak tau pun..tuptup dh tukar..haishhhh

Popular Posts