Pages

Support Penaja

Friday, February 17, 2012

Rupa cili yang paling pedas di dunia

Posted by mykhalis On 9:34 PM 0 comments

Korang layan tak Man vs Food.. antara yang paling mencabar bila melibatkan sayap pedas.. memang boleh nampak betapa seksanya nak menghabiskan satu satu.

Sekarang ni. kalau cili api pedas yang Khalis perasan adalahcili api Thailand.. cili api ni warna merah pekat..kalau masak megi guna 3 biji pun dah hangat muka.. tapi tahukah berapa pedaskah cili api yang terpedas di dunia..


Satu kajian saintifik yang dijalankan oleh Institut Chile Pepper di New Mexico State University (NMSU) mendapati, Trinidad Moruga Scorpion merupakan lada paling pedas di dunia ini.



Pengarah Institut Chile Pepper, Paul Bosland berkata, kajian itu turut dijalankan terhadap beberapa jenis baka lada yang dikatakan mempunyai reputasi paling pedas di dunia termasuk Trinidad Scorpion, 7-pot,
Chocolate 7-pot dan Bhut Jolokia.

Bhut Jolokia merupakan pemegang rekod dunia sebelum ini yang disahkan oleh Rekod Dunia Guinness pada 2007.



Lada Trinidad Moruga Scorpion mencatat jumlah keputusan tertinggi dengan memperoleh lebih 1.2 juta Unit Haba Scoville (SHU) dan lada Chocolate 7-pot pula merekodkan hampir 1.17 juta SHU.

Lada 7-pot berada pada tempat ketiga dengan memperoleh lebih 1.06 juta SHU manakala Trinidad Scorpion dan Bhut Joloki masing-masing mencatat 1.03 juta SHU dan 1.02 juta SHU.

0 comments:

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...