Mitos mitos sains yang kita selalu anggap sebagai fakta sebenarnya bukan
1. Tidak ada graviti di luar angkasa
Sebenarnya
terdapat daya graviti di luar angkasa. Sebab mengapa angkasawan
terapung di luar angkasa adalah kerana mereka sedang mengorbit bumi.
Mereka jatuh ke Bumi tetapi bergerak ke sisi untuk menghindarinya. Oleh
itu, secara teknikalnya mereka selalu jatuh tetapi tak pernah mendarat.
Graviti terdapat di seluruh luar angkasa secara virtual (tak dapat
dirasakan). Ketika sebuah pesawat ulang alik mencapai ketinggian orbit
(Sekitar 250 batu di atas permukaan Bumi), graviti hanya berkurang10%.
2. Petir tidak menyambar tempat yang sama dua kali
2. Petir tidak menyambar tempat yang sama dua kali
Petir
boleh menyambar tempat yang sama lebih dari sekali. Petir lebih memilih
tempat-tempat tertentu seperti pokok yang tinggi atau bangunan. Di
kawasan lapang yang luas, objek yang paling tinggi mempunyai kemungkinan
besar disambar beberapa kali sehingga petir berpindah jauh untuk
mencari sasaran baru. Empire State Building disambar petir lebih 25 kali
setahun.
Ketika
sebuah meteoroid memasuki atmosfera bumi (menjadi meteor), sebenarnya
kelajuan yang memadatkan udara di depan objek yang menyebabkan objek
tersebut menjadi panas sehingga kelihatan bersinar jika dilihat dari
bumi. Mitos tentang meteor panas ketika tiba di permukaan bumi menjadi
meteorit juga adalah salah. Meteorit biasanya sejuk ketika tiba di
daratan - dan faktanya sering ditemui dilapisi ais. Hal ini kerana batu
tersebut sangat sejuk dari perjalanannya melintasi ruang angkasa
sehingga suhu panas ketika memasuki atmosfera bumi belum cukup untuk
membakar lapisan terluarnya.
Mitos
ini sangat umum sehingga menjadi adegan di beberapa filem. Mitosnya
adalah apabila anda menjatuhkan syiling dari puncak bangunan tinggi
(seperti Empire State Building), syiling ini akan memperolehi kelajuan
yang boleh membunuh seseorang jika terkena manusia di darat. Tapi
faktanya adalah, aerodinamik sebuah syiling tidak cukup untuk membuatnya
berbahaya. Apa yang akan terjadi adalah orang yang terkena syiling
tersebut hanya merasa seperti diketuk kepalanya - tentunya mereka
selamat dari kejadian tersebut.
Sebenarnya,
setiap bahagian bulan disinari oleh cahaya matahari pada masa tertentu.
Salah faham ini muncul kerana 'sisi tergelap' bulan tidak pernah
kelihatan dari bumi. Ini disebabkan oleh penguncian gelombang (locking
wave); tarikan graviti bumi terhadap bulan sangat kuat sehingga bulan
hanya menampakkan satu sisi sahaja kearah bumi.
Fakta
ini tidak masuk akal. Jika terdapat kuman dilantai dan makanan mendarat
di atasnya, maka bakteria akan hinggap di makanan tersebut. Memakan
kuman dan kotoran tidak semestinya membawa padah kerana mereka membantu
kita membina sistem kekebalan tubuh yang kuat.
Mitos
ini adalah hasil dari filem-filem sains fiksyen. Faktanya, manusia
dapat bertahan 15 - 30 saat di luar angkasa jika mereka menghembuskan
nafas sebelum terpapar tanpa udara (ini mencegah paru-paru meletup dan
menghantar udara ke pembuluh darah). Setelah 15 ke 30 saat, kekurangan
oksigen menyebabkan pengsan yang membawa kepada kematian kerana
kehabisan nafas.
Comments