Pages

Support Penaja

Tuesday, February 14, 2012

Syatilla Melvin dalam iklan pakaian dalam

Posted by mykhalis On 12:44 PM 1 comments

Pelbagai tuduhan liar mula dilemparkan kepada pelakon berusia 21 tahun ini apabila sebuah video Youtube berjudul ‘Syatilla Melvin Seksi Dalam Iklan Pakaian Dalam’ mula disebarkan di beberapa laman sosial, sejak semalam. Video berdurasi 1:47 minit itu memaparkan aksi-aksi Syatilla atau Tilla dalam pelbagai gaya yang telah disalah tafsir oleh penonton di laman Youtube itu.


Bagaimanapun, Syatilla Melvin agak tergamam dengan tuduhan tersebut dan cuba menjelaskan asal usul video berkenaan para peminat.

“Sebenarnya, video tersebut telah disalah anggap oleh pihak tersebut. Mungkin, tajuk video tersebut telah dimanipulasi oleh pihak tersebut atas motif tertentu sehingga mengakibat orang ramai terpengaruh. Video itu merupakan coursework untuk kawan-kawan saya yang baru belajar menggunakan video kamera. Jadi, mereka minta bantuan saya untuk mengayakan beberapa aksi yang mungkin kelihatan mengiurkan di mata masyarakat,” jelas Tilla yang memulakan kerjaya sejurus tamat SPM.



“Saya pasti ramai yang mengaitkan jenama La Senza, pakaian dalam wanita dengan video casting tersebut. Sebenarnya, video itu memang bukan dibuat untuk La Senza. Lagi pun, sebagai orang Islam saya sedar dan akur dengan sensitiviti orang ramai,” tambah Tilla yang juga bintang drama TV3 berjudul BFF.

Pada masa yang sama, Tilla turut menyuarakan kekesalannya berkenaan video tersebut.

“Saya minta maaf andai kata ada pihak yang terguris apabila menonton video tersebut. Saya akan pastikan peristiwa sebegini tidak berlaku lagi di masa hadapan.”

Khalis tak kenal pun.Tapi tajuk hot je.. ohbulan

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...