Tahniah.. 6 pasangan tetap teguh meraikan valentine day di hotel
Ini pasangan arr.. Khalis rasa cukup tererr.. diorang dah tau zina haram lagi mau buat.. dan pilih malam valentine day ooo.. Aduh.. mungkin ini menteri Nazri Aziz cakap.. Valentine day takde hal punye.. Kalau Kapal Singh cakap..Khalis tau ini bukan orang islam.. tapi Nazri menteri dari parti melayu bersatu... ishh.. malu ooo..
PETALING JAYA - Seorang lelaki menggigil ketakutan ketika dicekup
bersama pasangannya oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor
(Jais) di sebuah hotel bajet di sini, dalam operasi bersepadu cegah
maksiat sempena Hari Kekasih, awal pagi semalam.
Walaupun bertegas mendakwa mereka adalah suami isteri yang sah, lelaki berusia 20-an itu gagal menunjukkan kad nikah.
Akibat terlalu takut, lelaki itu mengeluarkan kad nama daripada
dompetnya sambil tangannya terketar-ketar apabila penguat kuasa meminta
menunjukkan kad nikah.
Bagaimanapun, dia memberi alasan tidak membawa kad nikah dan mahu pulang ke rumahnya bagi mengambil kad tersebut.
Jurucakap Jais berkata, sebelum itu, penguat kuasa terpaksa menunggu
kira-kira 15 minit sebelum bilik hotel itu dibuka oleh lelaki tersebut
dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi.
Pasangan itu antara enam pasangan kekasih yang ditahan di bilik hotel bajet di sekitar daerah ini.
Selain Jais, operasi bermula jam 1 pagi itu melibatkan Agensi Anti
Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Petaling
Jaya dan polis.
Jurucakap Jais berkata, daripada lebih 10 hotel bajet yang diperiksa,
pihaknya menahan enam pasangan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun
kerana berdua-duaan dalam bilik tanpa ikatan pernikahan yang sah.
Kesemua pasangan yang ditahan kemudian dibawa pulang ke ibu pejabat
Jais untuk disoal siasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah
Selangor 1995 kerana berkhalwat.
sedap sekejap.. malu sampai ketua.. kalau benih menjadi??kenapa la bangang sangat?
Comments