Pages

Support Penaja

Wednesday, February 15, 2012

Artis Malaysia masuk tandas lepas berjumpa Gadis Playboy..

Posted by mykhalis On 2:25 PM 0 comments

pelakon je.. bukan model playboy
“Serius, apa yang saya lihat lebih dasyat daripada apa yang dipaparkan dalam filem,” jelas Iz yang kini berada di Hollywood sempena anugerah Grammy, baru-baru ini. ( Khalis still tak tahu apa filem yang dimaksudkan)

Iz menyatakan jemputan ke Paramount Studios telah disampaikan kepadanya tanpa mengetahui jenis acara yang akan dijalankan.

“Saya dapat jemputan daripada pihak mereka untuk menghadiri majlis after-party anugerah Grammy. Sebagai orang baru, saya terima jemputan tersebut dengan hati yang terbuka. Lagipun, saya ingin meluaskan rangkaian kawan ketika majlis tersebut berlangsung.

“Setibanya saya di sana, saya pelik apabila pintu depannya ditutup rapat dengan dikawal rapi oleh pengawal badan besar. Tanpa fikir apa-apa, saya masuk. Terkejut gila, ramai wanita dalam persalinan bunnies (panggilan untuk gadis playboy) berkeliaran dalam studio besar itu.

“Pelbagai aksi yang tak perlu saya nyatakan dipertontonkan kepada para jemputan. Malah, saya juga diterjah oleh 2 orang bunnies dalam pakaian yang amat nipis. Telus!

“Saya bagaikan orang asing disitu. Seriau betul! “

“Kemudian, saya cuba nak keluar semula daripada studio berkenaan. Tapi telah dihalang oleh pengawal dengan alasan jemputan hanya dibenarkan keluar selepas persembahan selesai.”

“Saya macam kusut. Fikir punya fikir, saya ambil keputusan untuk berkurung sebentar di tandas. Lebih kurang sejam lah. (lama betol)

“Keluar sahaja daripada tandas, saya terus bergegas keluar dan pulang ke hotel. Ia akan menjadi pengalaman kali pertama dan terakhir untuk saya.”

Dalam perkembangan terbaru, Iz akan melancarkan single terbarunya yang berjudul Cinta Akhir yang keudara di radio ERA sempena hari kekasih.

sumber

0 comments:

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...