Produk terbaru Dato' Siti boleh kurangkan stress

Datuk Siti Nurhaliza. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL
 
PETALING JAYA: Sebagai pengasas kosmetik yang peka dengan keperluan wanita, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cuba mengurangkan tekanan golongan itu menerusi produk terbaru daripada SimplySiti iaitu Dermagic Beauty Moisturiser: Youthful, Fairness & Stress-Free Skin.

Siti yang merupakan Presiden bagi produk tersebut berkata, keluaran terbaharu berkenaan terdiri daripada set penjagaan kulit yang pertama di Malaysia menggunakan campuran Advanced Hydro-Cologen, Korean Plan Stem Sel dan Endorfin.

Bahan-bahan itu boleh meningkatkan perasaan gembira kepada si pemakai.

"Ini merupakan produk pertama di Malaysia yang menggunakan Plant Endorphin. Ia mampu membangkitkan rasa gembira kepada badan. Produk ini juga lain daripada yang sudah berada di pasaran.

 
Siti Nurhaliza bersama model demagic, Shazwin. 
 
"Sebelum mengeluarkan produk ini, kami telah membuat kajian kepada 50 orang wanita daripada pelbagai bangsa dan umur selama dua minggu. Dan Alhamdulillah, respons yang diberikan sangat positif.

"Mereka gembira dan sangat berpuas hati selepas menggunakannya. Itu adalah kelebihan Der'Magic kerana ia mampu membangkitkan perasaan gembira kepada si pemakai," katanya pada majlis pelancaran Dermagic di Sunway Hotel Resort & Spa, di sini, malam Khamis.

Tambah Siti, selain menaikkan perasaan itu, ia juga membantu untuk melambatkan penuaan kulit serta menyerlahkan wajah dan pada masa sama produk tersebut dapat mengecilkan saiz pori.

Rangkaian produk kecantikan SimplySiti Dermagic merangkumi lima produk iaitu Dermagic Beauty Moisturiser, Intensive Serum, Complete Eye Cream, Purifying Scrub dan Relaxing Mask.

Ia boleh didapati dengan harga bermula daripada RM25 hingga RM70 di semua rangkaian SimplySiti di seluruh Malaysia serta Brunei.

Majlis pelancaran yang bertemakan 'Glam Ungu' sempena kemunculan Dermagic ini turut dihadiri oleh beberapa rakan artis seperti Farhan, Sharifah Shahira, Fazli Zainal, Osbon.

Istimewanya pelancaran kali ini, SimplySiti telah memperkenalkan wajah baru, Shazwin, yang berkongsi keistimewaan Dermagic dan turut muncul dalam iklan terbaru produk tersebut.

Menariknya, SimplySiti turut bekerjasama dan bergabung tenaga dengan AirAsia X selaku syarikat penerbangan rasmi bagi kempen Dermagic di mana setiap pembeli produk boleh memenangi percutian Stress free Getaway bersama Siti ke Sydney, Australia.

Dalam perkembangan sama, Siti berkata, jenama SimplySiti juga akan mengeluarkan tiga jenis wangian pada bulan April depan sebagai salah satu langkah memperkukuhkan lagi kepelbagaian produk syarikatnya.

Namun Siti enggan mendedahkan butiran mengenai projek terbaharunya itu dan berjanji akan mengadakan sidang media untuk memaklumkan mengenai berita tersebut.

Comments

Popular Posts