Pages

Support Penaja

Saturday, February 18, 2012

Rokok elektronik meletup di mulut

Posted by mykhalis On 11:12 AM 0 comments


Pada mereka yang tengok filem The Tourist lakonan Angelina Jolie dan Johnny Depp mesti tau kepentingan rokok elektronik ni.. Khalispun macam terpikat gila sebab bila rasa nak hisap..sedut je, lepas tu boleh matikan bila dah tak moh.. takdela kena habiskan sebatang.. takpun merayu dari meja ke meja mintak lighter.


Malah salah seorang pembaca blog Khalis yang Khalis kenal ada jual produk ni.. tapi biasalah.. namapun barangan buatan manusia.. ada pelbagai jenis dan kualiti.. Sama juga dengan produk lain.. pernah dengar kan telefon meletop masa berbual sebab lama sangat bercakap.. standart la tu..

Seorang lelaki yang cuba menyingkirkan tabiat merokok dengan menyedut rokok elektronik, ditimpa malang apabila ia meletup dalam mulutnya akibat kerosakan bateri. Ekoran letupan itu, beberapa batang gigi depannya tercabut, secebis lidahnya terputus dan wajahnya turut terbakar teruk.

“Analogi terbaik adalah ia seperti meletakkan botol berisi roket dalam mulut anda lalu ia meletup,” kata Ketua Bahagian Jabatan Bomba North Bay, Joseph Parker.

“Bateri tercampak daripada tiub dan menyebabkan alat itu terbakar,” katanya.

Pegawai bomba tidak mendedahkan identiti mangsa berikutan polisi jabatan itu, tetapi laman Facebook di bawah nama Tom Holloway, 57, dipenuhi dengan pengunjung yang memberikan komen mengenai kecederaan itu dan pencarian di pangkalan data menunjukkan alamatnya pada laporan di jabatan bomba berpadanan dengan namanya.

0 comments:

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...